Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Chrigor ledak dua gol, Selangor tundukkan PDRM 3-1 di Selayang

Panya Isamael 24/12/2025 (Last updated: 24/12/2025) 0 comments
604580443_18543768823006712_7912557261618643139_n

SELAYANG – Selangor FC meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super Malaysia 2025/26 selepas mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas PDRM FC pada aksi Minggu ke-13 di Stadium MPS, Selayang, malam tadi.

Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi mempertaruhkan Kalamullah Al-Hafiz sebagai benteng terakhir, manakala Faisal Halim diberi tanggungjawab mengetuai pasukan selaku kapten dengan penyerang import Brazil, Chrigor Moraes menjadi sandaran utama di jentera serangan.

PDRM pula meletakkan Ifwat Akmal di gawang gol dengan Park Tae-su mengetuai barisan pertahanan The Cops.

Biarpun beraksi di gelanggang lawan, Selangor jelas menguasai permainan sejak awal perlawanan apabila lebih dominan mengawal penguasaan bola dan kerap menguji pertahanan tuan rumah menerusi gandingan Chrigor dan Faisal.

Jaringan pembukaan perlawanan hadir pada minit ke-20 apabila Chrigor Moraes menanduk masuk hantaran kemas Faisal Halim, sekali gus memberikan kelebihan awal buat Gergasi Merah.

Selangor hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi percubaan Alvin Fortes yang tersasar tipis, sebelum Faisal melepaskan peluang keemasan menjelang tamat babak pertama. PDRM cuba bangkit di penghujung separuh masa, namun ketangkasan Kalamullah memastikan Selangor mendahului 1-0 ketika rehat.

Bersambung babak kedua, Selangor tidak mengendurkan asakan apabila Chrigor sekali lagi mencuri tumpuan dengan meledak gol kedua pada minit ke-49 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

PDRM pantas merapatkan jurang menerusi jaringan Fakhrul Azim pada minit ke-53, namun kebangkitan itu tidak bertahan lama apabila Selangor kembali melebarkan kelebihan pada minit ke-67. Gol ketiga Selangor disempurnakan oleh Noor Al-Rawabdeh hasil umpanan pemain gantian, Zikri Khalili.

Selepas itu, Selangor terus mengawal permainan dan mencipta beberapa peluang sebelum wisel penamat ditiup untuk mengesahkan kemenangan 3-1, sekali gus membawa pulang tiga mata berharga.

Kejayaan tersebut mengukuhkan lagi konsistensi Selangor musim ini, dengan Chrigor terus menjadi watak utama di bahagian serangan, Faisal memainkan peranan penting sebagai penggerak pasukan, manakala Kalamullah tampil meyakinkan di benteng pertahanan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - SFC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mabda B-14 rangkul gelaran juara MRSM-SBP 2025
Next: ‘Saya jamin TMJ takkan mengalah, terus berjuang demi bola sepak Malaysia’

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by