Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Mabda B-14 rangkul gelaran juara MRSM-SBP 2025

Panya Isamael 24/12/2025 (Last updated: 24/12/2025) 0 comments
604784436_1399601842177397_8610871545988167918_n

KUALA LUMPUR – Pasukan Bola Sepak Mabda Bawah 14 Tahun (B-14) muncul juara Liga Super MRSM-SBP National Football Championship U-14 2025 yang berlangsung di Stadium Arena Universiti Malaya dari 19 hingga 21 Disember lalu.

Kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah Daerah Pasir Gudang dengan kerjasama Universiti Malaya dan PowerCat (ADABI) itu menyaksikan Mabda B-14 mempamerkan aksi konsisten sepanjang kempen sehingga dinobatkan sebagai juara.

Pada peringkat kumpulan, Mabda mengungguli Kumpulan B selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas SBP-STAR serta seri menentang MRSM Serting.

Skuad kendalian Mabda kemudian mara ke suku akhir dan menewaskan MRSM Batu Pahat menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 sebelum meneruskan momentum cemerlang dengan menyingkirkan SBP-STJ di peringkat separuh akhir.

Di perlawanan akhir, Mabda sekali lagi membuktikan keunggulan apabila berjaya menundukkan SBP-MCKK dengan kemenangan tipis 1-0 sekali gus mengesahkan kejuaraan kejohanan berprestij itu.

Kejayaan pasukan turut diserikan dengan pencapaian dua pemain MRSM Bagan Datuk yang merangkul anugerah individu apabila Hadif Rifqie Shamsi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik, manakala Muhammad Firhans Mazrizal dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik kejohanan.

Pengurusan pasukan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran MRSM Bagan Datuk khususnya Pengetua, Mohd Nizar Idris yang turun padang memberikan sokongan moral, selain komitmen padu ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan kepada pasukan.

Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada barisan pengurusan pasukan iaitu Mazrizal Mazalan, Danial Syahrial, Wan Muhammad Adha serta Cikgu Sahrul Anuar Mohd Din yang bertungkus-lumus menguruskan pasukan Mabda B-14 sejak awal kejohanan hingga ke perlawanan akhir.

Kejayaan itu menjadi bukti komitmen Mabda dalam melahirkan bakat muda bola sepak negara selaras dengan aspirasi “Nurturing Future Champions”. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Futsal ASEAN B-19: Malaysia ikat Myanmar 3-3
Next: Chrigor ledak dua gol, Selangor tundukkan PDRM 3-1 di Selayang

Related Stories

Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0
nsfc
  • SUKAN

NSFC tuntut kemenangan walkover

Solomon 22/08/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT mahu tebus dua misi berdepan Kuching City

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by