Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Futsal ASEAN B-19: Malaysia ikat Myanmar 3-3

Panya Isamael 24/12/2025 (Last updated: 24/12/2025) 0 comments
605561180_1574292050310692_3478378246246887477_n

NONTHABURI, Thailand – Skuad futsal Bawah 19 Tahun (B-19) Malaysia mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat keputusan seri 3-3 menentang Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B Kejohanan Futsal ASEAN B-19 2025 di Gimnasium PAO Nonthaburi, di sini, semalam.

Ketua jurulatih, Rakphol Sainetngam sebelum ini menegaskan kejohanan berkenaan menjadi medan pembelajaran buat barisan pemain muda negara yang sebahagian besarnya baru dihimpunkan, dan situasi itu jelas terserlah pada babak pertama perlawanan.

Myanmar terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Kyaw Min Khant pada minit kelima, namun Malaysia pantas menyamakan kedudukan seminit kemudian hasil jaringan Iqbal Hazim Radzi.

Bagaimanapun, pasukan lawan kembali menguasai permainan apabila Hae Mar Htay meletakkan Myanmar di hadapan pada minit ke-10 sebelum Kaung Htet Naing menambah gol ketiga pada minit ke-18, sekali gus menyaksikan Malaysia ketinggalan 1-3 ketika rehat.

Bersambung babak kedua, skuad negara tampil lebih agresif dengan tempo permainan yang meningkat dalam usaha memburu kebangkitan.

Usaha itu membuahkan hasil apabila Faaris Amsyar Marhaidi merapatkan jurang menerusi gol pada minit ke-30, sekali gus menyuntik semangat baharu kepada kem negara.

Momentum kebangkitan diteruskan sehingga ke penghujung perlawanan apabila pemain muda Pahang Rangers, Adam Rayyan Nor Hisam, muncul wira dengan jaringan penyamaan tujuh minit sebelum tamat perlawanan bagi memastikan Malaysia membawa pulang satu mata berharga.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia masih perlu bekerja keras dalam Kumpulan B apabila diwajibkan menewaskan Indonesia dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk melangkah ke separuh akhir sama ada sebagai juara atau naib juara kumpulan.

Malaysia dijadual menentang Indonesia dalam aksi penentuan Kumpulan B pada 25 Disember ini. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Krew ETS edar makanan kepada penumpang terjejas
Next: Mabda B-14 rangkul gelaran juara MRSM-SBP 2025

Related Stories

Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0
nsfc
  • SUKAN

NSFC tuntut kemenangan walkover

Solomon 22/08/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT mahu tebus dua misi berdepan Kuching City

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by