Skip to content
13/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

DBKL kerah pasukan hadapi banjir kilat

Panya Isamael 05/12/2025 (Last updated: 05/12/2025) 0 comments
ae0269e1-12c5-4195-a572-46e725d99436

KUALA LUMPUR – Beberapa lokasi di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat semalam berikutan cuaca tidak menentu selain gangguan infrastruktur setempat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, pasukan operasi bersama agensi keselamatan digerakkan sejurus menerima laporan bagi memastikan keselamatan orang awam selain menutup kawasan berisiko serta membantu mangsa yang terjejas.

“Pasukan kami turut melaksanakan kerja pembersihan dan pemulihan bagi memastikan keadaan kembali terkawal. Insiden berjaya ditangani dalam masa singkat,” katanya hari ini.

Menurut DBKL, penilaian sedang dijalankan terhadap kerosakan dan infrastruktur bandar bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang.

Orang awam turut dinasihatkan mematuhi arahan keselamatan serta menyalurkan maklumat kecemasan melalui Talian Kecemasan DBKL 24 jam di Bilik Gerakan Bencana DBKL (03-2617 9862 atau WhatsApp 013-2503 255).

Maklumat juga boleh dihantar kepada Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC) melalui WhatsApp 019-212 0032, Pusat Kawalan Operasi Jabatan Penguatkuasaan DBKL di 03-4010 6273 atau WhatsApp 019-212 0031, serta Skuad Kecemasan DBKL di talian 03-9284 3434 / 03-9284 3636 atau WhatsApp 011-6539 9004. - KOSMO! ONLINE

Foto kredit - IHSAN BOMBA KL

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sindiket RM13.9 juta tumpas, 6 lelaki aset Lembah Klang ditahan JSJN
Next: Malaysia hantar pegawai teknikal teramai, diiktiraf antara terbaik di Asia Tenggara

Related Stories

Saarani Mohamad
  • NASIONAL

184 unit Rumah Perakku Astana Chemor bantu rakyat miliki kediaman

Panya Isamael 13/07/2026 0
Imigresen Selangor
  • NASIONAL

Imigresen Selangor tahan 95 warga asing dalam operasi bersepadu

Panya Isamael 13/07/2026 0
upsi
  • NASIONAL

UPSI, PTPTN perkukuh hubungan strategik

Solomon 13/07/2026 0

TERKINI

  • 184 unit Rumah Perakku Astana Chemor bantu rakyat miliki kediaman
  • Imigresen Selangor tahan 95 warga asing dalam operasi bersepadu
  • Messi vs England akhirnya jadi kenyataan
  • DBKL sita 11 gerai dikendali warga asing, 4 penjaja tempatan dikompaun
  • FIFA teliti cadangan tambah Piala Dunia 2030 kepada 64 pasukan
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by