Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Sindiket RM13.9 juta tumpas, 6 lelaki aset Lembah Klang ditahan JSJN

Panya Isamael 05/12/2025 (Last updated: 05/12/2025) 0 comments
3ed16e8e-5f86-4e7f-91e4-acbdf6ccf4ba

PETALING JAYA – Sindiket pengedaran dadah bernilai RM13.9 juta yang aktif sejak pertengahan tahun ini akhirnya tumpas selepas dua siri serbuan dilakukan di sekitar Lembah Klang dan Simpang Pulai, Perak pada 1 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata operasi berasaskan maklumat risikan itu membawa kepada penahanan enam lelaki tempatan.

“Beberapa suspek berusia antara 26 hingga 46 tahun yang dipercayai mempunyai rangkaian pergerakan sindiket dari Perlis hingga Lembah Klang menerima upah antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi menjalankan tugas sebagai pengangkut dadah sindiket ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di kawasan parkir bawah tanah sebuah pasar raya di Petaling Jaya yang dijadikan lokasi transaksi utama kumpulan itu.

“Dalam serbuan itu, lima suspek ditahan bersama sebuah Toyota Alphard dan dua Perodua Myvi.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 17 guni berisi 263 bungkusan methamphetamine seberat 273 kilogram serta enam guni mengandungi 98 bungkusan ketamin seberat 101 kilogram. Nilai keseluruhan rampasan adalah RM13.8 juta, mampu merosakkan sehingga 1.7 juta pengguna,” katanya.

Beliau berkata, serbuan kedua dilakukan di sebuah stesen minyak di R&R Simpang Pulai, Perak, yang membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki.

“Tiada rampasan dadah ditemukan dalam kenderaan suspek keenam itu namun peranannya tetap signifikan dalam struktur pergerakan sindiket,” jelasnya.

Siasatan awal mendapati suspek pertama bertindak sebagai runner, manakala suspek kedua hingga kelima sebagai transporter.

“Suspek keenam pula berperanan sebagai sweeper, memastikan laluan sindiket selamat daripada pemantauan pihak berkuasa,” katanya.

Hussein memaklumkan, risikan juga menunjukkan sindiket mendapatkan bekalan dari negara jiran sebelum disimpan di dalam guni dan dimuatkan ke dalam kenderaan di beberapa lokasi transit.

“Semakan mendapati lima suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah, termasuk sehingga 12 rekod bagi seorang daripada mereka, selain dua suspek positif ujian air kencing,” ujarnya.

Kesemua suspek telah direman tujuh hari bermula 2 hingga 8 Disember 2025 untuk siasatan lanjut.

JSJN turut menyita tiga kenderaan iaitu Nissan Navara, Mitsubishi Pajero dan Proton X70 yang bernilai RM140,000 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan RM13.9 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah melalui Hotline JSJN 012-208 7222 bagi membantu memerangi musuh nombor satu negara itu. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sepaktakraw jadi tumpuan Sukan SEA 2025
Next: DBKL kerah pasukan hadapi banjir kilat

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by