Skip to content
15/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

DBKL serbu premis, tikus dan sisa lemak dikesan

Panya Isamael 25/09/2025 (Last updated: 25/09/2025) 0 comments
InCollage_20250925_115409954



KUALA LUMPUR – Sebuah premis makanan di Jalan Perisa 1, Taman Gembira diarahkan tutup selepas pemeriksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati tahap kebersihan di premis berkenaan berada pada tahap membimbangkan.

Menurut kenyataan DBKL, pemeriksaan mendapati manhole premis berkenaan dipenuhi sisa lemak selain beberapa isu kebersihan serius yang boleh mengundang risiko kepada kesihatan awam.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk beberapa gerai beroperasi tanpa lesen sah, penyelenggaraan alat perangkap minyak tidak memuaskan, sisa minyak dialirkan terus ke longkang awam serta keadaan lantai dan dinding dapur yang kotor.

Selain itu, pengendali makanan juga gagal mematuhi aspek kebersihan diri apabila tidak memakai apron dan penutup kepala, manakala tanda-tanda kehadiran tikus turut ditemui di kawasan tersebut.

Susulan itu, DBKL mengeluarkan kompaun dan mengarahkan premis berkenaan ditutup serta-merta.

“DBKL memandang serius isu kebersihan premis makanan kerana ia amat penting dalam memelihara kesihatan awam.

"Peniaga dan pengendali makanan diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan, memastikan penyelenggaraan perangkap minyak dilakukan dengan baik selain mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran,” menurut kenyataan itu.

Pemeriksaan susulan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap kebersihan premis makanan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sentiasa terpelihara. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - DBKL

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Bintang Uruguay turun Malaysia, tiket sudah mula dijual
Next: Hannah kagum kepimpinan penuh integriti Dr Wan Azizah

Related Stories

dr kamari
  • NASIONAL

Empat taman, satu muafakat semarak Jelajah Merdeka Perpaduan KRT

Panya Isamael 14/09/2026 0
kemalangan bomba
  • NASIONAL

Tiga maut, dua cedera kemalangan dua kenderaan

Arisna Wiguna 14/09/2026 0
6d2d7a2b-cb50-40be-9bec-6d2d733bb004
  • NASIONAL

Indonesia ungguli SEAOCSTW 2026

Solomon 14/09/2026 0

TERKINI

  • Empat taman, satu muafakat semarak Jelajah Merdeka Perpaduan KRT
  • Buriram perlu tahap tertinggi untuk tewaskan JDT
  • Tiada alasan, Xisco mahu JDT tamatkan badi Buriram
  • Lelaki maut tersepit bawah jentolak
  • Tiga maut, dua cedera kemalangan dua kenderaan
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by