Skip to content
20/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Bintang Uruguay turun Malaysia, tiket sudah mula dijual

Panya Isamael 25/09/2025 (Last updated: 25/09/2025) 0 comments
InCollage_20250925_110708033

KUALA LUMPUR – Pemain bintang Uruguay bakal mempamerkan aksi memukau di Malaysia pada 10 dan 13 Oktober depan dalam siri perlawanan persahabatan yang dijangka menjadi antara acara bola sepak paling berprestij tahun ini di rantau Asia Tenggara.

Perlawanan pertama akan berlangsung pada 10 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Republik Dominican, manakala aksi kedua menyusul pada 13 Oktober di Stadium Hang Jebat, Melaka menentang Uzbekistan.

Lebih menarik, pengendali Uruguay, Marcelo Bielsa dijangka menurunkan barisan terbaik termasuk tonggak Real Madrid, Federico Valverde, bekas penyerang Liverpool yang kini bersama Al-Hilal, Darwin Nunez, serta bintang Manchester United, Manuel Ugarte.

Menurut wakil penganjur tempatan, Cohesion Prima, Datuk K.S. Lai, keputusan Uruguay memilih Malaysia sebagai venue adalah pengiktirafan terhadap minat mendalam peminat bola sepak di rantau ASEAN.

“Ini bukan sekadar perlawanan persahabatan, tetapi satu detik bersejarah yang meraikan keindahan bola sepak. Kami mahu peminat dari seluruh Asia Tenggara turut hadir menyaksikan sendiri magis bola sepak Amerika Selatan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tiket perlawanan kini boleh didapati melalui laman sesawang tickethotline.com.my dengan pelbagai kategori termasuk pengalaman VIP yang menawarkan akses eksklusif, tempat duduk premium serta barangan edisi terhad khas hari perlawanan.

Peminat bola sepak tempatan dan serantau disaran mendapatkan tiket lebih awal bagi memastikan tempat untuk menyaksikan kehebatan pasukan yang pernah menjulang dua kali kejuaraan Piala Dunia itu beraksi di bawah limpahan cahaya lampu di Bukit Jalil dan Hang Jebat. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pengasas Restoran Mohd Chan meninggal dunia
Next: DBKL serbu premis, tikus dan sisa lemak dikesan

Related Stories

Ferran Torres
  • SUKAN

Piala Dunia 2026: Sepanyol tawan dunia, tewaskan Argentina dalam masa tambahan

Solomon 20/07/2026 0
Lionel Scaloni
  • SUKAN

Scaloni tuntut Argentina tampil aksi terbaik pertahan kejuaraan

Arisna Wiguna 19/07/2026 0
Luis De La Fuente
  • SUKAN

De La Fuente: Sepanyol wajib kuasai setiap detik final

Arisna Wiguna 19/07/2026 0

TERKINI

  • Piala Dunia 2026: Sepanyol tawan dunia, tewaskan Argentina dalam masa tambahan
  • PSKT TERUS MENJADI GERBANG SAINS PANTAI TIMUR DI TENGAH GELOMBANG AI
  • Scaloni tuntut Argentina tampil aksi terbaik pertahan kejuaraan
  • De La Fuente: Sepanyol wajib kuasai setiap detik final
  • MAPIM gesa undang-undang antarabangsa dikuat kuasa tanpa pilih kasih
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by