Skip to content
01/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Diplomatik dengan AS perlu diteruskan secara strategik

Panya Isamael 26/10/2025 (Last updated: 26/10/2025) 0 comments
595747ec-f6b8-452b-b937-0295665e61a4

KUALA LUMPUR – Rundingan antara negara ASEAN dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, perlu dijalankan secara berprinsip dan tidak tunduk kepada kuasa besar dunia itu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun menghormati pendirian kerajaan yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman bagi membantah kehadiran Trump ke Malaysia, namun hubungan diplomatik dengan AS tetap perlu diteruskan secara strategik.

“Diplomasi mesti berprinsip, bukan tunduk kepada tekanan politik atau kepentingan ekonomi. Sebarang rundingan ASEAN–Trump tidak boleh dijadikan platform untuk mengabsahkan jenayah kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza dan Tebing Barat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Mapim menuntut agar kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas terhadap genosid Israel serta menolak sebarang bentuk normalisasi dengan rejim Zionis.

“Prinsip 'Madani Diplomacy' menuntut keberanian moral bukan hanya kestabilan ekonomi sebagai asas hubungan antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 100 peserta berhimpun secara aman di Dataran Merdeka pagi tadi bagi menyuarakan bantahan terhadap kehadiran Trump, yang tiba di ibu negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Himpunan yang dianjurkan oleh kumpulan pertubuhan bukan kerajaan itu turut bertujuan menunjukkan solidariti terhadap nasib rakyat Palestin yang terus ditindas rejim Israel. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Anggota trafik iring delegasi ASEAN cedera kemalangan dilanggar Perodua Alza
Next: Ratusan sertai Himpunan Bantah Trump di Kuala Lumpur

Related Stories

Kumpulan VFive Group
  • NASIONAL

VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM

Arisna Wiguna 01/11/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV

Panya Isamael 01/11/2026 0
Jais MCW
  • NASIONAL

MCW urges MACC to review alleged retaliation against corruption whistleblower

Solomon 01/11/2026 0

TERKINI

  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
  • Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua
  • 54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH
  • Kuasa politik Arab mampu cabar dominasi Zionis di Israel
  • UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by