Skip to content
01/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Dunia jangan berdiam diri terhadap keganasan Israel di Lubnan

Panya Isamael 27/10/2025 (Last updated: 27/10/2025) 0 comments
568404067_1308197877655943_8611176322546057454_n

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang terus melancarkan serangan di Lubnan sehingga mengorbankan orang awam setiap hari dalam pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan Israel menyerang rumah, sekolah dan kawasan awam di selatan serta timur Lubnan sebagai jenayah perang yang tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau berkata, reaksi dingin masyarakat antarabangsa terhadap keganasan tersebut mencerminkan keletihan moral dan keberanian politik yang runtuh dalam berdepan kezaliman rejim Zionis itu.

“Tiada gencatan senjata yang tulen sekiranya Israel terus menyerang orang awam atas alasan ‘operasi keselamatan’. Tindakan ini merupakan bentuk keganasan sistematik terhadap seluruh populasi dan jelas tergolong sebagai jenayah terhadap kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Mohd Azmi berkata, sikap berdiam diri kuasa besar dunia dan institusi antarabangsa merupakan kejatuhan nurani kemanusiaan. Dunia yang lantang menentang pencerobohan di tempat lain kini membisu terhadap penderitaan rakyat Lubnan, termasuk kanak-kanak yang menjadi mangsa setiap hari.

“Apabila dunia menormalkan keganasan Israel di Lubnan, ia sebenarnya mengkhianati prinsip kemanusiaan yang menjadi asas undang-undang antarabangsa. Berdiam diri bermakna bersubahat, dan bersikap neutral secara moral adalah satu bentuk pengkhianatan,” ujarnya.

MAPIM menyeru kerajaan Malaysia, ASEAN dan dunia Islam supaya bangkit memecah kesunyian serta mengambil tindakan bersama bagi melindungi rakyat Lubnan dan Palestin daripada kekejaman berterusan rejim Israel. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Tokoh wanita 81 tahun Kuala Langat dinobat Anugerah Pendakwah Selangor 2025
Next: PDRM hargai kerjasama penganjur dan peserta

Related Stories

Nepal_galsier_landlslide
  • PELBAGAI

54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH

Panya Isamael 01/11/2026 0
IMG-20261030-WA0023
  • PELBAGAI

47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0

TERKINI

  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
  • Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua
  • 54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH
  • Kuasa politik Arab mampu cabar dominasi Zionis di Israel
  • UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by