MEXICO CITY – England mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Mexico 3-2 dalam aksi dramatik pusingan 16 terbaik di Mexico City awal pagi tadi.
Skuad kendalian Thomas Tuchel bermula garang apabila Jude Bellingham meledak dua gol dalam tempoh kurang dua minit sebelum Mexico merapatkan kedudukan menerusi Julián Quiñones menjelang tamat babak pertama.
England kemudian beraksi dengan 10 pemain selepas Jarell Quansah dilayangkan kad merah hasil semakan VAR pada babak kedua. Bagaimanapun, Harry Kane menambah gol ketiga menerusi sepakan penalti sebelum Mexico memperoleh satu lagi jaringan, namun gagal mengelak kekalahan.
Kemenangan itu menyaksikan England mara ke suku akhir dan bakal berdepan Norway yang terlebih dahulu mengejutkan Brazil 2-1 hasil dua jaringan Erling Haaland. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Getty Images
