KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung tugas Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman berkuat kuasa serta-merta susulan siasatan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya.
Perkara itu disahkan Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundram dalam sidang media khas di Wisma FAM, di sini hari ini.
“Berhubung kes FIFA, Setiausaha Agung FAM digantung berkuat kuasa hari ini,” katanya..
Difahamkan, tindakan tegas itu dibuat selepas FAM menerima maklumat rasmi daripada pihak antarabangsa mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran terhadap peraturan dokumentasi pemain.
Noor Azman dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada September 2022. - DETIK MALAYSIA