Skip to content
28/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Final Piala FA : Xisco fokus 15 minit awal

Panya Isamael 14/12/2025 (Last updated: 14/12/2025) 0 comments
598963904_1436956127800359_2768095669477210924_n

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Muñoz menegaskan pasukannya bersedia sepenuhnya menghadapi sebarang kemungkinan termasuk masa tambahan dan penentuan sepakan penalti menjelang aksi final Piala FA Malaysia 2025/26 menentang Sabah FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Menurut jurulatih dari Sepanyol itu, pengalaman beraksi di pentas final menuntut tahap kesiapsiagaan mental dan fizikal yang tinggi kerana apa sahaja boleh berlaku sepanjang perlawanan.

“Kami sentiasa perlu bersedia untuk semua kemungkinan kerana dalam perlawanan bola sepak, apa sahaja boleh terjadi,” katanya pada sidang akhbar praperlawanan semalam.

Perlawanan yang dinanti-nantikan itu menyaksikan Harimau Selatan berdepan Sang Badak dengan misi mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi sejak 2022, sekali gus mengukuhkan lagi dominasi domestik JDT.

Bagaimanapun, Xisco mengingatkan bahawa Sabah bukan lawan mudah, terutama selepas pasukan dari Malaysia Timur itu menyingkirkan finalis musim lalu, Selangor FC menerusi penentuan sepakan penalti.

“Kami menghormati Sabah. Mereka telah membuktikan keupayaan mengawal tekanan dalam perlawanan besar,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan fasa awal perlawanan dengan menyifatkan 15 minit pertama sebagai tempoh kritikal yang mampu menentukan rentak dan hala tuju aksi final.

“Perkara paling penting adalah memastikan pasukan memberikan tenaga penuh dari minit pertama hingga wisel penamat. Fokus utama saya sekarang adalah permulaan perlawanan, khususnya 15 minit pertama,” katanya.

Tambah Xisco, perlawanan akhir sering ditentukan oleh perincian kecil yang berlaku dalam tempoh-tempoh tertentu perlawanan.

“Dalam setiap perlawanan besar, akan ada ‘perlawanan kecil’ di dalamnya. Kami perlu mengawal situasi-situasi ini dengan baik dan terus bekerja untuk meningkatkan prestasi pasukan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - JST

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia tamat kemarau 34 tahun, Abdul Halim anggap kemenangan lahir daripada jiwa juara
Next: Final Piala FA : Sabah tidak akan bertahan, terus serang JDT

Related Stories

John Stones
  • SUKAN

John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan

Arisna Wiguna 28/07/2026 0
Andi Farid Izdihar
  • SUKAN

Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang

Panya Isamael 28/07/2026 0
SULTAN Ibrahim
  • SUKAN

F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Malaysia-Bahrain

Solomon 27/07/2026 0

TERKINI

  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
  • F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Malaysia-Bahrain
  • Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by