Skip to content
28/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Final Piala FA : Sabah tidak akan bertahan, terus serang JDT

Panya Isamael 14/12/2025 (Last updated: 14/12/2025) 0 comments
598562122_18340455871233417_1609343546296781378_n

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Sabah FC, Jean-Paul de Marigny menegaskan pasukannya tidak akan memilih pendekatan bertahan secara ekstrem apabila menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala FA Malaysia 2025/26 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jurulatih dari Perancis itu menolak tanggapan Sabah akan meniru pendekatan ‘Shanghai Port model’, iaitu strategi bertahan untuk mengehadkan kerosakan seperti yang dilakukan juara Liga Super China 2025 ketika mengikat JDT dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit 2025/26 di Stadium Sultan Ibrahim.

Dalam perlawanan tersebut, Shanghai Port berdepan tekanan hebat apabila dibolosi 48 percubaan termasuk 12 tepat ke sasaran, namun tetap berjaya membawa pulang satu mata.

Bagaimanapun, de Marigny menegaskan falsafah permainan Sabah tidak berteraskan pertahanan semata-mata, sebaliknya merangkumi keseimbangan antara menyerang dan bertahan.

“Tidak. Sudah tentu bertahan adalah sebahagian daripada prinsip kami, sama seperti menyerang. Ketika peralihan permainan, pendekatannya juga sama,” katanya pada sidang akhbar praperlawanan hari ini.

Beliau menambah, setiap perlawanan mempunyai cabaran tersendiri dan pasukannya perlu menguasai semua aspek permainan dengan sebaik mungkin.

“Jika anda mengikuti kami dalam lapan perlawanan terakhir, kami adalah pasukan menyerang dan mahu menjaringkan gol. Kami telah menjaringkan gol dan akan terus menjaringkan gol,” katanya.

Menurut de Marigny, meninggalkan identiti menyerang pasukan akan menjadi satu kesilapan besar, lebih-lebih lagi ketika Sabah berada dalam prestasi jaringan yang baik.

Final Piala FA ini membawa makna besar buat Sang Badak yang memburu kejuaraan pertama sejak 1995, sekali gus menamatkan penantian hampir tiga dekad tanpa trofi berprestij itu.

Aksi tersebut turut mengandungi elemen kebangkitan selepas Sabah dimalukan 0-8 oleh JDT dalam saingan liga pada September lalu. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit -

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Final Piala FA : Xisco fokus 15 minit awal
Next: Kerusi dicabut, padang diceroboh ketika Messi tinggalkan stadium

Related Stories

John Stones
  • SUKAN

John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan

Arisna Wiguna 28/07/2026 0
Andi Farid Izdihar
  • SUKAN

Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang

Panya Isamael 28/07/2026 0
SULTAN Ibrahim
  • SUKAN

F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Malaysia-Bahrain

Solomon 27/07/2026 0

TERKINI

  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
  • F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Malaysia-Bahrain
  • Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by