Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA
  • SUKAN

Kerusi dicabut, padang diceroboh ketika Messi tinggalkan stadium

Panya Isamael 14/12/2025 (Last updated: 14/12/2025) 0 comments
DSC1557

KOLKATA - Pihak polis India menahan penganjur utama lawatan Lionel Messi ke India selepas kekecohan tercetus dalam acara berbayar yang dihadiri ribuan peminat di Stadium Salt Lake, Kolkata, semalam.

Ketua Polis Bengal Barat, Rajeev Kumar mengesahkan bahawa Satadru Dutta, penganjur utama program tersebut, telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah urus yang mencetuskan rusuhan penyokong.

Insiden berlaku apabila Messi hanya berada di stadium selama kira-kira 20 minit berbanding 45 minit yang dijadualkan, menyebabkan sebahagian peminat bertindak ganas dengan mencabut kerusi stadium, membaling objek ke padang serta menceroboh kawasan permainan.

Harga tiket acara itu dijual antara 3,500 rupee (kira-kira RM215), melebihi separuh pendapatan mingguan purata rakyat India, malah ada peminat mendakwa membayar sehingga AS$130 (RM610) untuk menyaksikan kelibat bintang Argentina itu.

Seorang peminat, Eddie Lal Hmangaihzuala yang sanggup menempuh perjalanan hampir 1,500 kilometer dari Mizoram, meluahkan kekecewaan terhadap penganjuran acara tersebut.

“Saya langsung tidak nampak Messi dengan jelas. Keadaan sangat tidak terurus dan saya fikir beliau meninggalkan stadium kerana faktor keselamatan,” katanya kepada Reuters.

Rajeev Kumar berkata pihak penganjur telah memberi jaminan bertulis bahawa semua tiket yang dijual akan dipulangkan kepada pembeli.

“Kami tidak akan membiarkan salah urus ini terlepas tanpa tindakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee, tampil memohon maaf kepada Messi serta peminat bola sepak dan mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan.

“Saya amat terkejut dengan tahap salah urus yang berlaku di Stadium Salt Lake. Saya memohon maaf kepada Lionel Messi dan semua peminat,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Messi berada di India dalam rangka lawatan rasmi yang merangkumi klinik bola sepak belia, konsert, kejohanan padel serta pelancaran inisiatif kebajikan di beberapa bandar utama termasuk Kolkata, Mumbai dan New Delhi.

Untuk rekod, Stadium Salt Lake pernah mencatat beberapa insiden rusuhan penyokong sebelum ini, termasuk perlawanan derbi Kolkata pada 2012 yang terpaksa dihentikan selepas seorang pemain cedera akibat dibaling batu dari tempat duduk penonton. - DETIK MALAYSIA


Foto kredit - G RAMAKRISHNA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Final Piala FA : Sabah tidak akan bertahan, terus serang JDT
Next: Sabah FC naib juara Piala FA, JDT terlalu ampuh

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
azmi mapim
  • LUAR NEGARA

MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan

Solomon 24/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by