Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Sabah FC naib juara Piala FA, JDT terlalu ampuh

Panya Isamael 15/12/2025 (Last updated: 15/12/2025) 0 comments
600090620_879208574501127_5244036837180185113_n

KUALA LUMPUR – Impian Sabah FC untuk menjulang Piala FA tidak kesampaian apabila tewas 0-5 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi, sekali gus berpuas hati muncul sebagai naib juara.

Skuad Sang Badak berdepan tugas sukar sejak awal perlawanan apabila jelas bergelut menyaingi keupayaan pasukan Harimau Selatan yang tampil dengan barisan lebih mantap dan berpengalaman di pentas final.

Sabah hampir dikejutkan dengan jaringan pada separuh masa pertama, namun gol tersebut dibatalkan pengadil selepas mendapati berlaku kekasaran dalam situasi terdahulu, sekali gus memadamkan detik kebangkitan pasukan itu.

Anak buah Xisco Munoz tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Jonathan Silva meledak gol pertama JDT seawal minit kelapan perlawanan.

Kekecewaan Sabah bertambah apabila kapten pasukan, Rawilson Batuil tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-20 sebelum Jairo da Silva menambah derita pasukan itu dengan gol ketiga tiga minit kemudian.

Situasi Sabah semakin rumit apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada awal separuh masa kedua, namun mereka tetap cuba melancarkan beberapa serangan ke arah kubu JDT walaupun gagal menghasilkan jaringan.

JDT terus memperagakan aksi dominan apabila Oscar Arribas menjaringkan gol keempat pada minit ke-64 hasil gerakan kemas pemain import dari Sepanyol itu.

Sabah yang kehilangan penyerang, Adjin Mujagic akibat kecederaan, melakukan beberapa pertukaran dengan membawa masuk Khairul Fahmi Che Mat, Gary Steven Robbat, Muhammad Farhan Roslan, Dinesh Rajasingam dan Harith Naem Jaineh bagi menyuntik tenaga baharu.

Bagaimanapun, JDT melengkapkan kemenangan bergaya apabila Manuel Hidalgo menjaringkan gol kelima pada minit ke-91, sekali gus mengesahkan kejuaraan kelima berturut-turut Piala FA buat pasukan Harimau Selatan di hadapan lebih 40,000 penyokong.

Untuk rekod, Sabah FC pernah menjuarai Piala FA pada tahun 1995 dan kali terakhir beraksi di final kejohanan itu pada 1998. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - MFL

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kerusi dicabut, padang diceroboh ketika Messi tinggalkan stadium
Next: Mbappé, Rodrygo selamatkan maruah Madrid

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by