Skip to content
27/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Mbappé, Rodrygo selamatkan maruah Madrid

Panya Isamael 15/12/2025 (Last updated: 15/12/2025) 0 comments
library_upload_24_2025_12_1280x720_kylian-mbappe-real-m_9e946c9

VITORIA - Real Madrid kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Deportivo Alavés 2-1 dalam aksi Liga Sepanyol 2025/2026 di Estadio Mendizorrotza, awal pagi tadi.

Kejayaan itu sekali gus menamatkan rentetan keputusan kurang memberangsangkan Los Blancos, dengan kemenangan tersebut hanya yang ketiga diraih pasukan kendalian Xabi Alonso daripada sembilan perlawanan kompetitif terakhir dalam semua kejohanan.

Bintang utama, Kylian Mbappé dan Rodrygo muncul watak penting apabila masing-masing meledak jaringan untuk memastikan tiga mata penuh dibawa pulang ke ibu kota Sepanyol.

Kemenangan berkenaan turut memberi kelegaan besar buat Alonso yang sebelum ini berada dalam tekanan susulan prestasi tidak menentu pasukannya.

Selain itu, keputusan itu memanjangkan rekod tanpa kalah Real Madrid dalam perlawanan di tempat lawan kepada enam perlawanan berturut-turut.

Bagi Alavés pula, kekalahan tersebut menyaksikan mereka tewas buat kali keempat dalam lima perlawanan terakhir LaLiga, selain meneruskan rekod buruk lapan kekalahan berturut-turut ketika berdepan Real Madrid. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit -  AP Photo/Miguel Oses

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sabah FC naib juara Piala FA, JDT terlalu ampuh
Next: Haaland pimpin City terus tekan Arsenal

Related Stories

KL city
  • SUKAN

KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
jihin hirata
  • SUKAN

Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata

Solomon 26/08/2026 0
MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0

TERKINI

  • KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City
  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by