Skip to content
14/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Higa rangkul gelaran berganda di Yeangder TPC

Panya Isamael 21/09/2025 (Last updated: 21/09/2025) 0 comments
Screenshot_20250921_181936



TAIPEI – Bintang golf Jepun, Kazuki Higa terus mempamerkan prestasi cemerlang apabila menjuarai kejohanan bernilai AS$1 juta (RM4.6 juta), Yeangder TPC di Linkou International Golf and Country Club, semalam.

Kemenangan itu sekali gus melengkapkan gelaran berganda buat pemain berusia 30 tahun itu selepas menjuarai Shinhan Donghae Open di Korea minggu lalu, selain melonjak ke tangga teratas senarai Order of Merit Asian Tour.

Higa menutup saingan empat pusingan dengan catatan bogey-free 68, untuk keseluruhan 17 bawah par 271, sekali gus menewaskan pencabar terdekat dengan kelebihan dua pukulan.

Pemain Amerika Syarikat, Charles Porter yang bermula cemerlang dengan dua birdie awal, sekadar menamatkan saingan dengan 71 pukulan untuk berkongsi tempat kedua bersama wakil tuan rumah, Wang Wei-hsuan (67) dan pemain Thailand, Rattanon Wannasrichan (66) dengan jumlah 273.

Dua pemain lain, Miguel Tabuena (Filipina) dan Shotaro Ban (AS) menamatkan saingan di kedudukan kelima bersama selepas mencatat 14 bawah par.

Sementara itu, pencapaian membanggakan turut dicatatkan pemain amatur tuan rumah, Hsieh Cheng-wei, 17, yang berkongsi tempat ketujuh selepas menutup aksi dengan 71 pukulan, sekali gus menjadi pencapaian terbaik pemain amatur dalam sejarah kejohanan ini.

Menurut Higa, kemenangan kali ini cukup istimewa kerana selain menjuarai kejohanan tajaan Yeangder, ia juga membuktikan peningkatan dalam permainannya sejak kebelakangan ini.

“Perasaan ini sangat istimewa. Dari awal musim, permainan saya sudah baik tetapi masih gagal meraih kemenangan. Kini, selepas penambahbaikan kecil terutama dari aspek putting, segalanya menjadi lebih lancar,” katanya.

Porter pula mengakui kekalahan itu sesuatu yang sukar diterima, namun tetap positif dengan pengalaman berharga yang diraih.

“Dalam golf, sama ada anda menang atau belajar. Kali ini saya banyak belajar,” ujarnya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Graham Uden/Asian Tour.

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Hutang along cecah RM26.2 juta, judi jadi punca utama
Next: Bunga Raya 7s tutup aksi tangga ke-6 di Hangzhou

Related Stories

JOHOR RACING
  • SUKAN

JMR raih podium kedua di Suzuka

Panya Isamael 13/09/2026 0
faisal halim
  • SUKAN

Selangor benam KL City 3-0

Solomon 13/09/2026 0
Hakim Danish
  • SUKAN

Hakim Danish bangkit dari petak ke-25, raih empat mata

Solomon 13/09/2026 0

TERKINI

  • JMR raih podium kedua di Suzuka
  • Selangor benam KL City 3-0
  • Hakim Danish bangkit dari petak ke-25, raih empat mata
  • FIFA sahkan Bergson, Brad Tapp layak wakili Malaysia
  • Anak tukang rumah perlukan RM2,143 untuk ke universiti
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by