Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Hutang along cecah RM26.2 juta, judi jadi punca utama

Panya Isamael 21/09/2025 (Last updated: 21/09/2025) 0 comments
IMG-20250921-WA0006

KUALA LUMPUR – Kegilaan berjudi dan keinginan mengejar kekayaan segera dikenal pasti sebagai faktor utama ramai individu terjebak dengan pinjaman daripada pemberi wang tidak berlesen atau along.

Penasihat Eksekutif Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong mendedahkan, sepanjang tempoh Januari hingga 19 September lalu, sebanyak 281 kes pinjaman along dilaporkan dengan jumlah hutang mencecah RM26.2 juta.

Beliau berkata, berdasarkan aduan yang diterima, pinjaman tersebut melibatkan 2,949 pemberi pinjaman haram.

“Daripada keseluruhan kes, 244 melibatkan masyarakat Cina, 23 kes membabitkan kaum Melayu, 12 kes India manakala selebihnya kaum lain.

“Lebih 80 peratus kes dalam kalangan masyarakat Cina berpunca daripada masalah perjudian. Bagi mereka, berjudi dianggap jalan pintas untuk menjadi kaya, tetapi akhirnya terjerat dengan hutang dan ugutan along,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA pada Ahad.

Michael menjelaskan, kebanyakan kes dalam kalangan kaum Melayu pula berkaitan urusan perniagaan, manakala pinjaman melibatkan masyarakat India dipercayai digunakan untuk menyara kehidupan harian.

“Saya kecewa kerana pelbagai nasihat dan kempen sudah dijalankan, namun masih ramai memilih untuk berurusan dengan along.

“Orang ramai sepatutnya mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan berlesen atau bank yang sah,” tegasnya. – DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MetMalaysia jalankan ujian siren amaran awal tsunami esok
Next: Higa rangkul gelaran berganda di Yeangder TPC

Related Stories

Manivannan
  • NASIONAL

Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting

Solomon 28/10/2026 0
Dr R Manivannan - Foto: Bernama
  • NASIONAL

54 MALAYSIANS STILL MISSING, MASFIH TO MEET HUMAN RESOURCES MINISTER TOMORROW

Solomon 27/10/2026 0
upsi
  • NASIONAL

UPSI terima pengiktirafan MBOR menerusi program keluarga angkat

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by