Skip to content
23/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Janji pulangan bilion dolar rupanya tipu

Panya Isamael 06/10/2025 (Last updated: 06/10/2025) 0 comments
Screenshot_20251006_131947

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendedahkan kegiatan penipuan pelaburan berskala besar yang disyaki melibatkan dakwaan palsu mengenai “dana emas” dan “tunai luar negara” berjumlah puluhan bilion dolar Amerika Syarikat.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya menerima aduan daripada sekumpulan individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan oleh sebuah syarikat yang dipercayai dikendalikan rakyat tempatan.

Menurut beliau, mangsa diperdaya dengan janji akan menerima pulangan luar biasa dalam bentuk tunai dan aset selepas membantu membiayai proses “pengaktifan” dana kononnya tersimpan di institusi kewangan luar negara seperti di United Kingdom dan Switzerland.

“Para pelabur ini dijanjikan ganjaran lumayan selepas dana itu kononnya berjaya ‘dicairkan’. Namun, berdasarkan siasatan awal, dakwaan itu disyaki palsu dan merupakan strategi penipuan yang terancang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengadu mendakwa mereka diminta melabur sejumlah wang dan membuka akaun korporat dengan bayaran mencecah ribuan ringgit, kononnya untuk menerima aliran masuk dana dari luar negara.

Akibatnya, ramai mangsa mengalami kerugian antara ribuan hingga ratusan ribu ringgit seorang, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Tambahnya, skim tersebut dipercayai dikendalikan oleh seorang “mastermind” bersama beberapa individu bergelar “mandate” dan “leader” yang menggunakan pelbagai dokumen berlogo rasmi institusi kewangan, termasuk Bank Negara Malaysia dan bank luar negara, yang disyaki telah dipalsukan bagi meyakinkan pelabur.

“Dalang skim ini bukan entiti pelaburan sah dan tidak berdaftar di bawah mana-mana institusi kewangan yang diiktiraf. Semua dokumen dan janji yang diberikan disyaki palsu,” katanya.

Hishamuddin turut menjelaskan bahawa sehingga kini, tiada pelabur menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan, sebaliknya hanya diberi alasan seperti “masalah teknikal bank luar negara” dan “proses pemindahan dana belum lengkap”.

Lebih membimbangkan, kegiatan itu dipercayai masih aktif dijalankan secara senyap, dengan semakin ramai individu berisiko menjadi mangsa baharu.

Setakat ini, 30 laporan polis telah dibuat di seluruh negara di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dengan tujuh masih dalam siasatan, manakala satu laporan telah diberi arahan NFA (No Further Action).

“MHO menyeru pihak polis mempercepatkan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan lengkap kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil,” katanya.

Beliau turut memohon agar laporan yang sebelum ini diberi arahan NFA dibuka semula dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, memandangkan ia melibatkan modus operandi yang sama. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Lori bawa debu simen terbakar di Karak, satu maut
Next: Had perbelanjaan pilihan raya lapuk perlu diperbaharui – MCW

Related Stories

kambing
  • PELBAGAI

Kepala tersangkut palang besi, kambing diselamatkan APM

Solomon 20/09/2026 0
ular apm cheras
  • PELBAGAI

Ular masuk bangunan Hive 9 Mranti Park

Arisna Wiguna 19/09/2026 0
naazron polis
  • PELBAGAI

Tawaran kerja pengurus, lelaki rugi RM39,000

Arisna Wiguna 19/09/2026 0

TERKINI

  • Bina budaya pengguna sedar dalam komuniti
  • Malaysia mudah tewaskan Filipina 3-0
  • Palmer, Rice, Rashford tarik diri, Gibbs-White dipanggil England
  • Tiga lelaki ditahan buang air kecil tepi lebuh raya
  • Acosta akhirnya raih kemenangan sulung MotoGP
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by