Skip to content
23/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Had perbelanjaan pilihan raya lapuk perlu diperbaharui – MCW

Panya Isamael 06/10/2025 (Last updated: 06/10/2025) 0 comments
439101716_452392287147829_4139400071028597002_n-1280x640

KUALA LUMPUR – Keperluan mendesak untuk melakukan reformasi terhadap had perbelanjaan pilihan raya yang disifatkan sudah lapuk dan tidak lagi relevan dengan realiti politik semasa negara.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia, Jais Abdul Karim berkata , Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan calon hanya dibenarkan berbelanja maksimum sebanyak RM200,000 bagi kerusi Parlimen dan RM100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun jumlah itu dianggap tidak munasabah dalam konteks semasa.

“Realitinya, perbelanjaan kempen pilihan raya kini jauh melebihi had yang ditetapkan. Laporan terdahulu menunjukkan parti-parti utama membelanjakan jutaan ringgit bagi setiap kawasan, yang secara keseluruhan mencecah ratusan juta ringgit di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pandangan bertajuk MCW Viewpoint: Outdated Election Spending Limits Demand Urgent Reform hari ini.

Jais turut mempersoalkan sumber dana besar yang digunakan, cara ia diurus serta tahap ketelusan pembiayaan politik yang sering dikaitkan dengan pengaruh dan rasuah.

Katanya, isu tersebut tidak hanya melibatkan mana-mana gabungan politik tertentu kerana kedua-dua pihak, kerajaan mahupun pembangkang, pernah dituduh menyalahgunakan sumber awam dan jentera kerajaan ketika berkempen.

“Undang-undang sedia ada sudah ketinggalan zaman, penguatkuasaan lemah, dan ketelusan hampir tiada,” katanya.

Sehubungan itu, MCW menggesa kerajaan supaya meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta segera menggubal Akta Pembiayaan Politik bagi menetapkan had perbelanjaan yang lebih realistik, mewajibkan pendedahan awam sepenuhnya terhadap semua bentuk sumbangan dana politik, dan mengelakkan sebarang penyalahgunaan aset atau jentera kerajaan sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

“Jika Malaysia mahu memastikan pilihan raya yang bersih dan berwibawa, sumber kewangan politik perlu dipastikan telus. Selagi perkara ini tidak ditangani, demokrasi akan terus berisiko dibeli, bukan diperoleh melalui kepercayaan rakyat,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Janji pulangan bilion dolar rupanya tipu
Next: Cuepacs larang penjawat awam sertai aktiviti libat minuman arak

Related Stories

KRT TELUK KETAPANG
  • NASIONAL

Bina budaya pengguna sedar dalam komuniti

Solomon 22/09/2026 0
lelaki kencing tular
  • NASIONAL

Tiga lelaki ditahan buang air kecil tepi lebuh raya

Arisna Wiguna 21/09/2026 0
wisma negeri sembilan
  • NASIONAL

Kemelut Negeri Sembilan, integriti institusi mesti diutamakan

Solomon 21/09/2026 0

TERKINI

  • Bina budaya pengguna sedar dalam komuniti
  • Malaysia mudah tewaskan Filipina 3-0
  • Palmer, Rice, Rashford tarik diri, Gibbs-White dipanggil England
  • Tiga lelaki ditahan buang air kecil tepi lebuh raya
  • Acosta akhirnya raih kemenangan sulung MotoGP
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by