JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan jadual pramusim yang padat di Alicante, Sepanyol dengan mengharungi sembilan perlawanan dalam tempoh 16 hari sebagai persiapan menghadapi musim 2026/27.
Aksi pembuka tirai Harimau Selatan menyaksikan mereka berdepan kelab gergasi Scotland, Rangers FC pada 16 Julai, sekali gus menjadi ujian awal menentang lawan dari Eropah.
Tiga hari kemudian, skuad kendalian JDT akan menentang kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq pada 19 Julai sebelum berdepan kelab divisyen ketujuh Sepanyol, CD Contestano pada 20 Julai.
Cabaran diteruskan apabila JDT dijadual bertemu kelab La Liga, Elche CF pada 24 Julai, diikuti aksi menentang UD Castellonense, kelab divisyen ketiga Sepanyol pada 25 Julai.
Harimau Selatan kemudian akan turun menentang Costa City pada 27 Julai sebelum menguji kemampuan menentang pasukan yang mewakili Asociación de Futbolistas Españoles (AFE) sehari kemudian.
Siri pramusim JDT di Alicante akan melabuhkan tirai dengan dua aksi berturut-turut menentang kelab Qatar, Qatar SC pada 30 Julai dan FC Cartagena pada 31 Julai. – DETIK MALAYSIA
Jadual pramusim JDT di Alicante, Sepanyol:
- 16 Julai: Rangers FC
- 19 Julai: Al-Ettifaq
- 20 Julai: CD Contestano
- 24 Julai: Elche CF
- 25 Julai: UD Castellonense
- 27 Julai: Costa City
- 28 Julai: AFE
- 30 Julai: Qatar SC
- 31 Julai: FC Cartagena
Kredit foto – JST
