Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

JDT tempah tiket final Piala FA kali ke-4 berturut-turut

Panya Isamael 01/12/2025 (Last updated: 01/12/2025) 0 comments
589514418_1427813282047977_6718440294894004775_n

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kemaraan ke final Piala FA 2025/2026 buat kali keempat berturut-turut selepas menundukkan Kuching City 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, sekali gus mencatat kemenangan agregat 4-1.

Skuad kendalian Xisco Muñoz itu kini menunggu pemenang antara Selangor FC atau Sabah FC untuk ditentang pada pentas final yang dijadual berlangsung pada 14 Disember di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

JDT membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi gerakan tersusun menarik. Umpanan lintang Oscar Arribas ditanduk Corbin Ong sebelum bergolek tepat ke kaki Bergson da Silva yang meledak rembatan kencang menewaskan Haziq Nadzli, menggemparkan stadium dengan sorakan penyokong tuan rumah.

Gol kedua yang memastikan tiket ke Bukit Jalil hadir pada minit ke-82 apabila Natxo Insa melorongkan bola cantik kepada Samuel Castillejo, yang kemudiannya melakukan hantaran mudah untuk Eddy Israfilov menolak masuk gol penamat dan memadam terus sisa perjuangan Kuching City.

Terdahulu, Kuching City hampir dihukum seawal minit kedua namun Haziq bertindak cemerlang menepis percubaan rendah Heberty Fernandes. Penjaga gol itu sekali lagi menyelamatkan pasukannya pada minit ke-15 apabila menutup ruang percubaan Teto Martin selepas lorongan Corbin Ong merobek benteng lawan.

JDT turut berasa kecewa sebaik sahaja bermulanya babak kedua apabila jaringan Arribas dibatalkan VAR ekoran kekasaran Bergson terhadap Scott Woods dalam situasi sebelumnya.

Peluang terbaik pelawat hadir pada minit ke-76 menerusi rembatan deras Joao Pedro, namun Ahmad Syihan Hazmi bertindak pantas menafikan gerakan berbahaya itu pada jarak dekat.

Dengan kemenangan agregat 4-1, Harimau Selatan melangkah penuh keyakinan ke Bukit Jalil, menggalas misi mempertahankan kejuaraan dan terus mendominasi saingan bola sepak tempatan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - JST

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Nor Saiful Zaini puji disiplin, ingatkan cabaran Belanda lebih ‘ganas’
Next: SASC 2025: Malaysia akhiri kempen di tempat ke-4

Related Stories

Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0
nsfc
  • SUKAN

NSFC tuntut kemenangan walkover

Solomon 22/08/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT mahu tebus dua misi berdepan Kuching City

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by