Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

SASC 2025: Malaysia akhiri kempen di tempat ke-4

Panya Isamael 01/12/2025 (Last updated: 01/12/2025) 0 comments
592397067_1149761877138804_4914618105386786203_n

IPOH – Hasrat Malaysia menutup kempen Piala Sultan Azlan Shah 2025 dengan keputusan positif tidak kesampaian apabila tunduk 6-1 kepada New Zealand dalam perebutan tempat ketiga di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, hari ini.

Turun dengan misi menamatkan tiga kekalahan berturut-turut, skuad bimbingan Sarjit Singh sekali lagi berdepan lawan yang cukup mereka kenali, selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi pembukaan sebelum ini.

Malaysia terus mengharapkan sentuhan berbisa Faizal Saari, manakala New Zealand yang dikendalikan Greg Nicol meletakkan Sam Lane sebagai pengemudi utama jentera serangan The Black Sticks.

Namun, rentak permainan Malaysia mula pincang seawal babak pertama apabila dua kesilapan berturut-turut di benteng pertahanan dihukum Lane yang meledak dua gol dalam tempoh dua minit. Malang berganda menimpa skuad negara apabila pertahanan, Syed Syafiq Syed Cholan, terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan seawal minit ketujuh.

New Zealand terus menghimpit Malaysia dan menambah jaringan menerusi James Hickson pada minit ke-29 hasil larian solo yang menembusi barisan pertahanan sebelum menewaskan Hafizuddin Othman untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Memasuki babak kedua, The Black Sticks tampil lebih agresif dengan Lane menyempurnakan hatrik menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-33 sebelum menambah satu lagi gol seminit kemudian, juga melalui situasi sama. Kedudukan bertambah parah apabila penyerang itu menjaringkan gol kelima peribadinya menerusi strok penalti pada minit ke-41.

Malaysia akhirnya merapatkan jurang dua minit kemudian apabila Faizal menyempurnakan strok penalti menewaskan George Enersen untuk menjadikannya 6-1, namun itu satu-satunya jaringan yang mampu dihasilkan.

Walaupun The Speedy Tigers cuba bangkit pada minit-minit akhir, pertahanan New Zealand kental bertahan untuk memastikan kemenangan besar mereka kekal sehingga wisel penamat. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Hokita

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: JDT tempah tiket final Piala FA kali ke-4 berturut-turut
Next: Piala FA: Sabah FC tamat penantian 27 tahun, mara ke final

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by