Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Piala FA: Sabah FC tamat penantian 27 tahun, mara ke final

Panya Isamael 01/12/2025 (Last updated: 01/12/2025) 0 comments
593101381_1276475361185819_8305734844271607410_n

PETALING JAYA – Sabah FC menamatkan penantian 27 tahun untuk kembali ke final Piala FA selepas menewaskan Selangor FC 5-4 menerusi penentuan penalti dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium MBPJ, malam tadi.

Perlawanan berlangsung tanpa penonton susulan hukuman disiplin oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun suasana di padang tetap panas dengan aksi mendebarkan sepanjang 90 minit.

Selangor membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi penyudah tepat Faisal Halim, sebelum Sabah bangkit sebaik babak kedua bermula melalui rembatan padu Dane Ingham pada minit ke-47.

Tuan rumah segera kembali di depan empat minit kemudian apabila Chrigor Moraes meledak gol jarak jauh yang gagal diselamatkan penjaga gol Sabah, Damien Lim.

Saingan terus sengit apabila Ajdin Mujagic menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-62 selepas percubaan Stuart Wilkin mengenai palang.

Faisal kembali menjadi wira Selangor pada minit ke-73 untuk menjadikan kedudukan 3-2, namun Sabah enggan mengalah. Tiga minit sebelum tamat, mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas Farhan Roslan dijatuhkan oleh Raimi Shamsul.

Mujagic tenang menyempurnakan penalti tersebut untuk mengikat kedudukan 3-3 sekaligus melengkapkan tiga kali kebangkitan Sabah dalam perlawanan.

Ketika aksi menuju masa tambahan, Selangor diuji lagi apabila Mamadou Diarra dilayangkan kad merah pada masa kecederaan selepas melakukan terjahan keras ke atas Muhammad Fakrul Iman Naszari.

Bagaimanapun, Sabah gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain dan perlawanan terpaksa ditentukan melalui penentuan penalti.

Detik heroik tiba apabila Damien Lim menyelamatkan sepakan terakhir Selangor yang diambil Mohammad Abualnadi, sekali gus mengesahkan kemenangan 5-4 untuk skuad Badak.

Kejayaan ini menyaksikan Sabah mara ke final Piala FA buat kali pertama sejak 1998, ketika mereka tewas 1-0 kepada Johor FA. Sabah akan bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final edisi 2025/26. -DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Sabah FC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SASC 2025: Malaysia akhiri kempen di tempat ke-4
Next: FIFPRO kecam hukuman FIFA terhadap 7 pemain warisan Harimau Malaya

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by