PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melantik Wan Noriza Meor Idris sebagai Ketua Komunikasi Korporat yang baharu berkuat kuasa semalam.
Pelantikan itu diumumkan menerusi hantaran rasmi KBS di media sosial hari ini.
Surat penempatan disampaikan oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Rahimi Ismail, dalam satu majlis yang diadakan di kementerian tersebut.
Menurut KBS, seluruh warga kementerian merakamkan ucapan tahniah kepada Wan Noriza atas pelantikan berkenaan.
“Kami mendoakan agar beliau dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang serta terus memperkukuh penyampaian komunikasi korporat KBS.
“Pelantikan ini diharap dapat menyokong aspirasi kementerian selain memperkasakan penyampaian maklumat kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.
Wan Noriza secara rasmi memulakan tugas sebagai Ketua Komunikasi Korporat KBS berkuat kuasa 1 Julai 2026. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – KBSMalaysia
