Skip to content
01/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Kes 27 anggota JIM: EAIC syor tukar pegawai, anggota berkhidmat lebih 5 tahun

Panya Isamael 20/11/2025 (Last updated: 20/11/2025) 0 comments
unnamed

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan hasil siasatan berhubung penglibatan 27 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen (JIM) yang diperiksa pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di pusat hiburan Mansion 9, Kuala Lumpur pada 26 April 2024.

EAIC dalam kenyataan berkata, siasatan dijalankan selaras subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) selepas menerima aduan mengenai kejadian tersebut.

“Hasil siasatan mendapati beberapa ketidakpatuhan arahan dan prosedur melibatkan pegawai serta anggota yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.

EAIC berkata, ketidakpatuhan pertama membabitkan larangan berada di kawasan berisiko tinggi seperti pusat hiburan, rumah urut dan premis perjudian yang telah dinyatakan dalam Surat Larangan Berada Di Kawasan Berisiko Tinggi bertarikh 18 November 2019.

“Surat tersebut secara jelas melarang semua pegawai dan anggota JIM daripada berada di kawasan sedemikian yang boleh menimbulkan syak serta persepsi negatif terhadap jabatan.

"Pelanggaran kedua melibatkan ketidakpatuhan jadual penugasan apabila beberapa anggota yang mempunyai arahan tugas didapati berhibur di premis berkenaan.

“Semakan mendapati terdapat anggota yang sepatutnya bertugas namun tidak berada di lokasi tugasan seperti diarahkan,” katanya.

Menurutnya, ketidakpatuhan ketiga melibatkan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard berkaitan siasatan tatatertib oleh pihak JIM sendiri.

Susulan itu, EAIC telah merujuk sebahagian pegawai terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan mengesyorkan hukuman tatatertib di bawah Peraturan 38 P.U.(A) 395/1993.

Katanya, hasil siasatan turut dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JIM bagi tindakan atas kesalahan ingkar perintah mengikut Peraturan 4(2)(i) peraturan yang sama.

Tambahnya, untuk mengelakkan kejadian berulang, EAIC mencadangkan supaya pegawai dan anggota terlibat yang berkhidmat lebih lima tahun di lokasi sama ditukarkan, selain penyelarasan serta pemantauan lebih ketat terhadap jadual penugasan dan rekod kehadiran.

EAIC turut mengingatkan semua pembayaran perkhidmatan di pusat hiburan dibuat bagi mengelakkan sebarang tohmahan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Alin… abah rindu Alin
Next: Sultan Perak rasmikan pemasyhuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk

Related Stories

Kumpulan VFive Group
  • NASIONAL

VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM

Arisna Wiguna 01/11/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV

Panya Isamael 01/11/2026 0
Jais MCW
  • NASIONAL

MCW urges MACC to review alleged retaliation against corruption whistleblower

Solomon 01/11/2026 0

TERKINI

  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
  • Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua
  • 54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH
  • Kuasa politik Arab mampu cabar dominasi Zionis di Israel
  • UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by