Skip to content
01/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Sultan Perak rasmikan pemasyhuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk

Panya Isamael 20/11/2025 (Last updated: 20/11/2025) 0 comments
FB_IMG_1763643293628

BAGAN DATUK – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMNS) di sini, pagi ini.

Turut berkenan berangkat ialah DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin; Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Datuk Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi Zainuddin (Bersara) bersama isteri, Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah Md. Nor; Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid dan isteri, Datin Seri Aznee Abu Samah; serta Menteri Pendidikan Tinggi, Senator Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim bersama isteri, Datin Che Fauziah Ahmad; Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin; Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Orang Besar-Besar Perak dan ketua-ketua jabatan negeri serta persekutuan.

Dalam majlis itu, baginda berkenan melafazkan pemasyhuran dan menandatangani plak khas sebelum berangkat melawat ruang pameran yang memaparkan pembangunan akademik Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), teknologi maritim serta projek inovasi pelajar.

Dalam sembah ucapannya, Menteri Pendidikan Tinggi, Dr. Zambry berkata, PMNS yang ditubuhkan pada Disember 2016 sebagai politeknik ke-35 negara membawa visi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maritim.

“Pengambilan sulung pada tahun 2017 bermula dengan Diploma Seni Bina Kapal menjadikannya satu-satunya politeknik TVET negara yang memfokuskan maritim dan perkapalan.

“Hari ini, PMNS berdiri megah di atas tanah seluas 12.14 hektar, dibangunkan dengan kos RM175 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 2023, sebuah mercu ilmu yang mencerminkan tekad Kerajaan memperkasa TVET maritim negara,” katanya.

Menurutnya, pemasyhuran nama baginda bukan sekadar penghormatan, tetapi amanah besar yang akan memandu seluruh warga institusi untuk berpegang kepada nilai murni, maruah dan ketinggian budi sebagaimana dizahirkan oleh baginda.

Penubuhan PMNS juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta agenda Ekonomi Biru yang memberi tumpuan kepada kelestarian laut dan pembangunan teknologi maritim masa hadapan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kes 27 anggota JIM: EAIC syor tukar pegawai, anggota berkhidmat lebih 5 tahun
Next: Kastam bongkar helah pulau tidak berpenghuni jadi ‘transit’ dadah

Related Stories

Kumpulan VFive Group
  • NASIONAL

VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM

Arisna Wiguna 01/11/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV

Panya Isamael 01/11/2026 0
Jais MCW
  • NASIONAL

MCW urges MACC to review alleged retaliation against corruption whistleblower

Solomon 01/11/2026 0

TERKINI

  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
  • Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua
  • 54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH
  • Kuasa politik Arab mampu cabar dominasi Zionis di Israel
  • UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by