Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Kastam bongkar helah pulau tidak berpenghuni jadi ‘transit’ dadah

Panya Isamael 21/11/2025 (Last updated: 21/11/2025) 0 comments
574948730_1153927596922368_105642349490723790_n

PUTRAJAYA – Sindiket penyeludupan dadah dikesan semakin licik apabila menggunakan pelbagai helah untuk membawa masuk bahan terlarang ke negara ini, termasuk menjadikan pulau tidak berpenghuni sebagai lokasi transit sebelum diedarkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, berkata sindiket terbabit menggunakan kaedah ‘drop point’ dengan meninggalkan dadah di lokasi tertentu untuk diambil individu lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya, taktik itu turut merangkumi meninggalkan bekalan dadah di pulau terpencil bagi mengurangkan risiko dihidu pasukan keselamatan.

“Selain itu, sindiket turut menyembunyikan dadah dalam kontena berisi buah-buahan dan sayuran dari negara jiran untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Bagaimanapun, taktik tersebut berjaya dibongkar JKDM.

“Sepanjang 10 bulan tahun ini sehingga Oktober, JKDM merekodkan 594 kes dadah dengan rampasan mencecah RM459.30 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anis berkata, sindiket juga tidak teragak-agak menggunakan perkhidmatan kuri­er dengan nama dan alamat palsu, selain cuba menyeludup melalui sempadan darat menggunakan kenderaan yang dipandu individu tertentu.

“Sindiket turut mengeksploitasi ‘keldai dadah’ yang membawa bagasi disembunyikan dalam kenderaan. Ada juga kenderaan diubah suai dengan ruang khas untuk menyorokkan dadah,” katanya.

Tambahnya, penyeludupan melalui kontena yang membawa komoditi seperti makanan basah, buah-buahan dan sayuran dari negara jiran turut dikesan apabila sindiket menyelitkan dadah bersama muatan tersebut.

Mengulas tindakan tegas, beliau berkata operasi Joint Task Force (JTF) bersama Indonesia yang dijalankan di Sabah dan Sarawak dari 1 hingga 31 Julai lalu berjaya merekodkan rampasan RM39.22 juta.

“Pemeriksaan rutin di pintu sempadan, kawalan perairan negara di kawasan hotspot serta rondaan Unit Marin JKDM dilaksanakan secara berterusan.

“Penggunaan Anjing Pengesan Dadah juga ditambah baik melalui penambahan aset dan latihan berterusan, selain risikan diperkukuh untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai kegiatan penyeludupan,” katanya.

Katanya, JKDM komited sebagai agensi barisan hadapan dalam memerangi penyeludupan dadah, sekali gus membuktikan keteguhan operasi, kepakaran anggota dan keberkesanan strategi penguatkuasaan yang dilaksanakan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Jabatan Kastam Diraja Malaysia

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sultan Perak rasmikan pemasyhuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk
Next: Nur Natasya Izzaty hilang di Desa Mentari

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by