Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Kilang PVC di Kundang Jaya musnah terbakar

Panya Isamael 03/10/2025 (Last updated: 03/10/2025) 0 comments
InCollage_20251003_090628501




RAWANG – Sebuah kilang membuat paip PVC musnah hampir 80 peratus selepas terbakar dalam kejadian di Taman Kundang Jaya, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.26 malam.

Katanya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang tiba di lokasi pada pukul 10.41 malam.

“Api berjaya dikawal daripada merebak ke kilang berhampiran pada pukul 11.30 malam dan kerja-kerja pemadaman masih diteruskan sehingga awal pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 36 anggota bomba daripada enam balai berdekatan termasuk BBP Batu Arang, Rawang, Bestari Jaya, Selayang dan Shah Alam terlibat dalam operasi berkenaan bersama sembilan jentera pelbagai jenis.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah kilang berkeluasan 300x100 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Setakat pukul 5.11 pagi, kerja-kerja overhaul masih dijalankan bagi memastikan tiada lagi sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Ihsan Bomba

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Suteepat cemerlang kuasai pusingan pertama di Jakarta International Championship
Next: Indra Putra serah gelaran, Bergson raja jaringan Liga Super

Related Stories

azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0
Nor Saiful Zaini Nasirrudin
  • PELBAGAI

YOUNG TIGERS KE FINAL, NOR SAIFUL ANGGAP AKSI PENUH DRAMA

Panya Isamael 22/10/2026 0
hijab azerbaijan
  • PELBAGAI

Mapim urges Azerbaijan to lift hijab restrictions in schools

Arisna Wiguna 18/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by