Skip to content
27/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA

Krisis kelaparan di Gaza belum reda walau gencatan senjata berkuat kuasa

Panya Isamael 24/10/2025 (Last updated: 24/10/2025) 0 comments
panci-kosong-dan-teriakan-kelaparan-gema-di-gaza-1753762235249_169

GAZA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa situasi kelaparan di Gaza kekal kritikal walaupun gencatan senjata antara Israel dan Hamas telah berkuat kuasa sejak 10 Oktober lalu.

Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jumlah bantuan kemanusiaan yang masuk ke wilayah berkenaan meningkat sedikit, namun tidak mencukupi untuk mengatasi masalah kekurangan makanan yang semakin membimbangkan.

“Situasinya masih sangat buruk kerana bantuan yang masuk tidak cukup,” katanya dalam sidang media di Geneva seperti dilaporkan agensi berita AFP.

Menurut WHO, sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 411 penduduk Gaza dilaporkan meninggal dunia akibat malnutrisi, termasuk kanak-kanak dan wanita.

Walaupun perjanjian gencatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat memperuntukkan kemasukan 600 buah trak bantuan setiap hari, namun jumlah sebenar yang dibenarkan masuk kini hanya sekitar 200 hingga 300 trak, kebanyakannya membawa barangan komersial.

“Sebahagian besar barangan yang dibawa seperti biskut, coklat dan minuman ringan tidak memenuhi keperluan pemakanan asas penduduk Gaza,” kata Bahaa Zaqout, Pengarah Hubungan Luar Pertubuhan PARC, sebuah NGO Palestin.

Beliau menambah bahawa barang makanan asas seperti bijirin, minyak zaitun dan buah-buahan masih terhad, sementara harga sayur-sayuran pula terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli kebanyakan keluarga.

Beberapa pertubuhan antarabangsa termasuk Oxfam turut menegaskan bahawa sekatan dan kekangan logistik terus menyukarkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah berkenaan.

Krisis di Gaza kini memasuki fasa mencemaskan dengan banyak kawasan masih bergantung sepenuhnya kepada bantuan luar untuk kelangsungan hidup harian. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Reuters

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MotoGP Sepang : Fermin Aldeguer ungguli sesi FP1, Marquez alami kemalangan
Next: Haim Hilman terima nasihat berharga daripada Tun Dr Mahathir

Related Stories

azmi mapim
  • LUAR NEGARA

MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan

Solomon 24/08/2026 0
gaza
  • LUAR NEGARA

MAPIM gesa dunia jangan normalisasikan kekejaman Israel di Gaza

Panya Isamael 21/08/2026 0
Dr. Mazen Rantisi
  • LUAR NEGARA

MAPIM gesa pembebasan segera ‘doktor orang miskin’ ditahan Israel

Solomon 15/08/2026 0

TERKINI

  • KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City
  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by