Skip to content
19/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

LS5: JDT berpesta gol, Kuching City kejutkan Selangor

Panya Isamael 23/09/2025 (Last updated: 23/09/2025) 0 comments
FB_IMG_1758634437108

PETALING JAYA - Aksi minggu kelima Liga Super (LS5) 2025-2026 menyaksikan enam perlawanan telah berlangsung dengan penuh dramatik dan keputusan yang tidak dijangka.

Bermula dengan Terengganu FC yang membuka tirai LS5 dengan meraih kemenangan bergaya setelah menewaskan Melaka FC (tangga kesembilan) 4-0 sekali gus menjadikan Sang Penyu berada di kedudukan 'Top 3' Liga Super.

Selain itu, pertembungan antara Imigresen FC dan Negeri Sembilan FC pula berlangsung sengit namun berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan menjadikan Imigresen kini kekal ditangga ke-11 manakala skuad Jang di tempat ketujuh.

Sementara itu, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pula PDRM FC yang sebelum ini berada di tangga ke-10 berjaya meraih tiga mata penuh selepas menundukkan Kelantan The Real Warriors (TRW) (tangga kelapan) 3-1. Keputusan itu telah melonjakkan kedudukan Sang Saka Biru di tangga keenam Liga Super.

Kejutan pula berlaku di Stadium Negeri apabila Kuching City FC (tangga keempat) yang bersaing rapat dengan Selangor FC (tangga kelima) mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor FC.

Jurulatih The Cats, Aidil Sharin Sahak berkata, perkara paling utama ialah mengekalkan momentum, tingkatkan konsistensi dan kekal pada tahap ini sepanjang musim dan berharap dapat membawa tenaga ini ke perlawanan seterusnya.

Beralih ke perlawanan tumpuan di Stadium Sultan Ibrahim pula menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang gah berada di carta liga berpesta gol menewaskan Sabah FC (tangga ke-10) dengan keputusan 8-0.

Pengendali Sabah FC, Jean-Paul de Marigny, jelas kecewa dengan kelemahan pasukannya di bahagian tengah serta berharap skuad The Rhinos terus memperbaiki kelemahan bagi menghadapi aksi seterusnya.

“Kalau kita biarkan pihak lawan mendominasi kawasan tengah, ia akan jadi lebih sukar. Mereka mudah memberi tekanan dan pemain kita akan hilang arah. Situasi ini berlaku kepada kami di sepanjang perlawanan sehingga menjejaskan momentum permainan.

"Tambahan dalam bola sepak, bahagian tengah amat penting kerana dari situlah bermula kawalan perlawanan dan sekiranya kita gagal kuasai bahagian tengah, pihak lawan lebih mudah mencipta peluang," ujarnya.

Selain itu, aksi penutup LS5 antara DPMM FC (tangga ke-13) dan Kuala Lumpur City FC yang melonjak ke tangga kedua Liga Super malam tadi telah berakhir dengan keputusan 4-0, menyaksikan skuad The City Boys mendahului perlawanan dan terus rancak bersaing dalam carta Liga Super musim ini.

Dengan berakhirnya enam perlawanan minggu ini, setiap pasukan pasti mahu segera memperbaiki kelemahan dan kembali lebih mantap menjelang aksi Liga Super minggu keenam yang akan berlangsung pada Jumaat, 26 September ini. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Michael Chong dilantik penasihat kebangsan NUJM
Next: Piala Carabao : Liverpool, Chelsea mara ke pusingan ke-4, Burnley & Everton tersingkir

Related Stories

Lionel Scaloni
  • SUKAN

Scaloni tuntut Argentina tampil aksi terbaik pertahan kejuaraan

Arisna Wiguna 19/07/2026 0
Luis De La Fuente
  • SUKAN

De La Fuente: Sepanyol wajib kuasai setiap detik final

Arisna Wiguna 19/07/2026 0
France England
  • SUKAN

England raih tempat ketiga, benam Perancis 6-4 dalam aksi 10 gol

Solomon 19/07/2026 0

TERKINI

  • Scaloni tuntut Argentina tampil aksi terbaik pertahan kejuaraan
  • De La Fuente: Sepanyol wajib kuasai setiap detik final
  • MAPIM gesa undang-undang antarabangsa dikuat kuasa tanpa pilih kasih
  • AS-Irael ubah sasaran perang terhadap Iran, bukti dasar tidak konsisten
  • England raih tempat ketiga, benam Perancis 6-4 dalam aksi 10 gol
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by