Oleh Ikhwan Abdul Kassim
LENGGONG – Program Sekolahku Universitiku 19.0: Pembinaan Karakter Generasi Madani hasil kerjasama antara SMK Sultan Azlan dan Majlis Mahasiswa Kolej Za’ba 26/27, UPSI berjaya dianjurkan selama tiga hari dua malam, iaitu bermula pada 18 September hingga 20 September 2026.
Program kepimpinan ini merupakan inisitaif daripada Kementerian Pendidikan bagi membentuk jati diri pelajar berteraskan nilai-nilai Madani.
Program berimpak tinggi ini telah mengaplikasikan 5 SDG seperti, Good Health and Well-Being, Quality Education, Affordable and Clean Energy, Reduced Inequalities, dan Partnership For The Goals.
Program yang disertai oleh hampir 100 orang pemimpin pelajar SMK Sultan Azlan Shah telah melalui beberapa aktiviti mencabar yang disediakan oleh para fasilitator bagi membentuk karakter pemimpin muda sekolah yang berdisiplin, berdaya tahan, amanah, berkeyakinan, berilmu dan beraklak mulia.
Selain itu, program ini turut dihadiri oleh Prof Dr. Badrul Hisyam Yahaya, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, USM semasa majlis penutupan berlangsung.
Beliau turut mentipkan pesan bahawa kepimpinan dari bangku sekolah adalah penting bagi membentuk generasi yang berketerampilan dan boleh menyumbang kepada sekolah dan masyarakat luar.
“Saya berharap program ini mampu menjadikan pemimpin muda di sekolah ini sentiasa disiplin dengan pengurusan masa seperti sentiasa datang lebih awal ke sekolah daripada pelajar lain,” ujar Pengetua SMK Sultan Azlan Shah,Zubaidah Yasin.
Tidak ketinggalan, Pengarah Program SKUK 19.0, Nur Athirah Marjuhum mengungkapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian dan kepercayaan yang diberikan kepada MMKZ bagi mengendalikan program kepimpinan tersebut.
Tambahan pula, Nur Athirah turut mempromosikan UPSI kepada peserta dan memberikan pesanan agar sentiasa memastikan kecemerlangan akademik dan menjaga adab serta tingkah laku.
Tuntasnya, MMKZ 26/27, UPSI berjaya membina karakter pemimpin muda yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan sekolah melalui program SKUK 19.0.
Semoga kerjasama ini memberikan banyak nilai tambah kepada para peserta serta meningkatkan lagi kemahiran kepimpinan mereka. – DETIK MALAYSIA
