YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur. 28 Oktober 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia dan Singapura sepakat untuk terus memperkukuh hubungan dua hala melalui dialog serta kerjasama berterusan dalam pelbagai bidang utama.
Anwar berkata, pertemuan produktif dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, menunjukkan kedua-dua negara bersetuju mengekalkan momentum rundingan sedia ada berdasarkan semangat saling menghormati.
“Kami mahu memastikan setiap hasil perbincangan memberi manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Anwar turut menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha sama itu menerusi Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12 yang dijadual berlangsung pada Disember ini.
Katanya, hubungan persaudaraan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Singapura perlu terus disemai berasaskan kepercayaan, saling memahami dan aspirasi bersama demi kemakmuran serta kestabilan rantau ini. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - Anwar Ibrahim