Skip to content
01/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Golf Srixon 100PLUS Remaja Antarabangsa 2025 : Muhd Danial pimpin carta kedudukan kategori lelaki

Panya Isamael 29/10/2025 (Last updated: 31/10/2025) 0 comments
Muhd Daniel Muhd Nazari

SHAH ALAM – Pemain negara, Muhd Danial Mohd Nazari mengetuai carta kedudukan bagi kategori lelaki A (16-18 tahun) selepas tamat hari kedua saingan Kejohanan Golf Srixon 100PLUS Remaja Antarabangsa 2025 yag berlangsung di Kelab Golf Kota Permai (KPGCC), Shah Alam hari ini.

Selepas berkongsi kedudukan dengan dua lagi pemain semalam, Danial mempamer permainan yang lebih kemas pada hari kedua apabila mencatat 71 pukulan satu dibawah par.

Selepas dua pusingan, beliau mengumpul 145 pukulam satu di atas par sekaligus menduduki tangga teratas Kategori Lelaki A.

“Hari pertama saya sedikit bermain dengan perasaan gementar dan pukulan juga tidak begitu baik tetapi pada hari kedua pukulan lebih terkawal dan banyak melakukan birdie berbanding semalam.

“Cabaran dilapangan ini sudah tentu green yang agak pantas dan akan berdepan kesukaran jika gagal untuk mengawal pukulan. Esok (hari terakhir) saya hanya tumpukan kepada permainan dan jika saya bermain dengan baik, keputusan juga akan menjadi baik,” kata Danial yang juga merupakan salah seorang pemain negara yang berada di bawah Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) bagi sukan golf dibawah kendalian Persatuan Golf Malaysia (MGA).

Kedudukan Muhd Danial diekori rapat pemain Korea Selatan, Woosung Sun yang menutup hari kedua dengan 74 pukulan dua di atas par untuk catatan terkumpul selepas dua pusingan, 148 pukulan empat di atas par.

“Hari ini, saya mengumpul lima di atas par pada sembilan lubang pertama dan cuba perbaiki permainan untuk menutup hari kedua dengan dua di atas par.

“Untuk hari terakhir esok, saya perlu memastikan bola berada di fairway dan green,” kata Sun yang juga pemenang bagi Sirkit Pertama Kejohanan Golf 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia yang berlangsung di Kelab Golf Templer, Rawang pada Mei lalu.

Tempat ketiga diungguli seorang lagi pemain negara, Ammar Aiman Mohd Fauzi yang mengumpul 152 pukulan keseluruhan.

Saingan Perempuan kategori A pula menyaksikan persaingan sengit diantara dua pemain negara, Jamie Tan Huang Yin dan Ngo Yi Belle yang berkongsi kedudukan pendahulu dengan 150 pukulan, enam di atas par.

Dua pemain ini bermain dalam satu ‘flight’ nyata meletakkan azam untuk memperbaiki kedudukan masing masing pada hari ini.

Tuah nyata memihak Jamie Tan apabila menutup hari kedua dengan catatan 74 pukulan dua di atas par untuk catatan terkumpul selepas dua pusingan 150 pukulan.

Ngo Yi Belle pula nyata hampa apabila terlepas peluang untuk mencatat birdie di lubang terakhir sekaligus menutup hari kedua dengan 76 pukulan dua di atas par sekaligsu turut berkongsi kedudukan pendahulu dengan Jamie Tan apabila turut mengumpul 150 pukulan keseluruhan.

Nur Batrisyia Balqis Abd Ghani dikedudukan ketiga dengan 152 pukulan 8 di atas par keseluruhan.

Sementara itu, saingan bagi kategori lelaki B (13-15 tahun) didominasi pemain Thailand Thitiwat Piturongkapituk yangmengumpul 147 pukula keseluruhan manakala kategori Perempuan B (13-15 tahun) masih menjadi milik Wang Enxi dari China yang mengumpul 150 pukulan keseluruhan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia- Singapura terus perkukuh hubungan
Next: MCW sokong penuh siasatan APAD isu gangguan Aerotrain KLIA

Related Stories

Marc Marquez
  • SUKAN

Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua

Solomon 01/11/2026 0
Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0

TERKINI

  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
  • Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua
  • 54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH
  • Kuasa politik Arab mampu cabar dominasi Zionis di Israel
  • UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by