Skip to content
19/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

MCW sokong penuh siasatan APAD isu gangguan Aerotrain KLIA

Panya Isamael 29/10/2025 (Last updated: 29/10/2025) 0 comments
InCollage_20251001_142215784

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyokong tindakan tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membuka kertas siasatan terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berhubung gangguan berulang perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, tindakan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan tahap akauntabiliti korporat dan kebertanggungjawaban awam dipatuhi sepenuhnya oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menguruskan aset strategik negara.

Menurut beliau, isu Aerotrain bukan hanya melibatkan aspek teknikal semata-mata, sebaliknya perlu disiasat secara menyeluruh termasuk dari sudut tadbir urus, pengurusan kontrak serta ketelusan dalam proses perolehan dan penyelenggaraan.

“Kegagalan memastikan sistem yang stabil selepas tempoh pelarasan menimbulkan persoalan sama ada terdapat kelemahan dalam proses penilaian vendor, pelantikan kontraktor atau pemantauan dalaman MAHB sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sebagai pengendali utama lapangan terbang negara, MAHB mempunyai tanggungjawab moral dan undang-undang bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan selamat, cekap dan berintegriti.

Gangguan perkhidmatan Aerotrain yang berulang bukan sahaja menjejaskan imej negara di mata pelancong antarabangsa, malah turut memberi kesan kepada pengguna serta membawa implikasi ekonomi yang besar.

MCW turut menyatakan sokongan penuh terhadap langkah APAD menjalankan siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, selain menggesa agar hasil siasatan diumumkan kepada umum demi menjamin ketelusan dan mengelakkan persepsi campur tangan pihak tertentu.

“Sekiranya terbukti berlaku pelanggaran syarat lesen atau kecuaian serius, tindakan kompaun maksimum atau penstrukturan semula pengurusan wajar dipertimbangkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, MCW menyeru semua GLC menjadikan isu Aerotrain sebagai pengajaran penting bahawa reputasi dan kepercayaan rakyat bergantung kepada integriti serta ketelusan dalam menguruskan khazanah awam.

“Kegagalan mengekalkan standard ini akan menjejaskan keyakinan pelabur serta mencalar imej Malaysia sebagai negara berintegriti dan berdaya saing,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Golf Srixon 100PLUS Remaja Antarabangsa 2025 : Muhd Danial pimpin carta kedudukan kategori lelaki
Next: Israel tak pernah mencari kedamaian – Mapim

Related Stories

DIJAVU’26
  • NASIONAL

DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti

Panya Isamael 18/09/2026 0
tandatangan palsu
  • NASIONAL

Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan rumah Najib

Solomon 18/09/2026 0
813136941_1005561202508196_5612005081879547154_n
  • NASIONAL

Wanita Malaysia maut ketika menyelam di Crystal Bay, Bali

Arisna Wiguna 18/09/2026 0

TERKINI

  • DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti
  • Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan rumah Najib
  • Wanita Malaysia maut ketika menyelam di Crystal Bay, Bali
  • Jasad pemancing hilang ditemui pada hari ketiga operasi CARILAMAT
  • Kembara Bersasar 2026 terus perkasa akses pendidikan, Orang Asli jadi kumpulan sasaran keempat
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by