PHILADELPHIA – Perancis mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Paraguay 1-0 dalam aksi sengit yang berlangsung di bawah cuaca panas melampau.
Jaringan tunggal perlawanan hadir menerusi sepakan penalti kapten Perancis, Kylian Mbappé, sekali gus memastikan Les Bleus meneruskan cabaran ke kelompok lapan terbaik.
Perlawanan berlangsung dalam keadaan mencabar apabila amaran cuaca panas melampau dikeluarkan, menjadikannya antara aksi paling panas dalam sejarah kejohanan Piala Dunia.
Paraguay memberikan tentangan hebat dan berjaya menyukarkan rentak Perancis sepanjang perlawanan menerusi aksi bertahan yang cukup berdisiplin, namun akhirnya terpaksa akur selepas Mbappe tenang menyempurnakan sepakan penalti.
Gol tersebut turut menyaksikan Mbappe menyamai jumlah jaringan Lionel Messi dalam saingan memburu Kasut Emas kejohanan.
Perancis kini akan berdepan Maghribi pada aksi suku akhir di Boston pada 9 Julai, dengan pemenang bakal mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Dunia 2026. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Getty
