Skip to content
13/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

MCW ikrar terus gempur rasuah melalui pendidikan dan kesedaran

Panya Isamael 02/10/2025 (Last updated: 02/10/2025) 0 comments
InCollage_20251001_142215784



KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyatakan sokongan penuh terhadap pelancaran gerakan nasional Keep Malaysia Clean (KMC) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena Sambutan Ulang Tahun ke-58 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, inisiatif tersebut dilihat sebagai langkah strategik memperkukuh perjuangan menentang rasuah berasaskan tiga teras utama iaitu Nilai Murni, Masyarakat Murni dan Alam Murni.

“MCW percaya KMC akan menjadi pemangkin nasional dalam mengembalikan budaya integriti dalam kalangan rakyat. Sokongan politik tertinggi yang dizahirkan Perdana Menteri memberi kekuatan kepada SPRM untuk kekal tegas dan berani dalam pelaksanaan undang-undang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, penyertaan seluruh masyarakat termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan rakyat amat penting bagi memastikan usaha membersihkan negara daripada gejala rasuah dapat direalisasikan.

Seiring dengan matlamat KMC, MCW turut komited melaksanakan program kesedaran dan pendidikan integriti di semua peringkat, menyokong usaha SPRM melalui kerjasama strategik serta menggembleng rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO), akademia, belia dan masyarakat madani.

“MCW yakin bahawa dengan komitmen bersama, Malaysia bebas rasuah bukan sekadar impian tetapi satu realiti,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SPRM Melaka syor perkukuh tata kelolaan MSSB
Next: BN selar tindakan zalim Israel ke atas sukarelawan flotila

Related Stories

Saarani Mohamad
  • NASIONAL

184 unit Rumah Perakku Astana Chemor bantu rakyat miliki kediaman

Panya Isamael 13/07/2026 0
Imigresen Selangor
  • NASIONAL

Imigresen Selangor tahan 95 warga asing dalam operasi bersepadu

Panya Isamael 13/07/2026 0
upsi
  • NASIONAL

UPSI, PTPTN perkukuh hubungan strategik

Solomon 13/07/2026 0

TERKINI

  • 184 unit Rumah Perakku Astana Chemor bantu rakyat miliki kediaman
  • Imigresen Selangor tahan 95 warga asing dalam operasi bersepadu
  • Messi vs England akhirnya jadi kenyataan
  • DBKL sita 11 gerai dikendali warga asing, 4 penjaja tempatan dikompaun
  • FIFA teliti cadangan tambah Piala Dunia 2030 kepada 64 pasukan
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by