Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

SPRM Melaka syor perkukuh tata kelolaan MSSB

Panya Isamael 02/10/2025 (Last updated: 02/10/2025) 0 comments
IMG-20251002-WA0046




AYER KEROH – Sebanyak lima cadangan penambahbaikan tatakelola telah dibentangkan oleh Unit Penyiasatan Tatakelola (UPT) SPRM Melaka kepada Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB) berhubung pengurusan kewangan berkaitan kutipan hasil perniagaan MSSB.

Antara cadangan itu ialah membuat penukaran nombor kombinasi peti besi sebanyak dua kali setahun bagi mengelakkan berlakunya kebocoran nombor kerana peti besi di MSSB adalah tempat berisiko tinggi.

Cadangan kedua, melantik sekurang-kurangnya dua pegawai pemegang anak kunci peti besi atau nombor kombinasi peti besi bagi memudahkan operasi sekiranya salah seorang bercuti atau tiada di pejabat.

Manakala cadangan lain, mengeluarkan surat lantikan atau surat kuasa sebagai pemegang anak kunci dan nombor kombinasi peti besi kepada kakitangan yang dilantik serta memasukkan pernyataan bagi hukuman punitif atau tindakan sekiranya berlaku pelanggaran garis panduan pengurusan kewangan dan perakaunan MSSB.

Kesemua syor itu telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Melaka, PPj Dzul Azmi Yahya kepada MSSB yang telah disambut baik oleh Pengurus Besar MSSB, Zulhafni Mad Rahis dan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Melaka (MCORP), Muhammad Ridzwan Yap Abdullah pada Majlis Menandatangani Persetujuan Cadangan Penambahbaikan Tadbir Urus MSSB di bilik mesyuarat MCORP di sini, kelmarin.

Cadangan penambahbaikan itu adalah berdasarkan kertas siasatan diterima SPRM Melaka pada Mei 2025 yang mendapati wujud kelemahan di dalam tadbir urus pengurusan kewangan berkaitan kutipan hasil perniagaan dijalankan oleh MSSB.

Kelemahan itu membabitkan garis panduan kewangan dan perakaunan MSSB tidak memperincikan secara jelas kaedah penyimpanan yang perlu dilaksanakan oleh kakitangan MSSB sekali gus membuka ruang dan peluang berlakunya penyelewengan terhadap jumlah hasil kutipan.

Sementara itu, Zulhafni turut menzahirkan penghargaan kepada SPRM Melaka atas bantuan memperkukuhkan tatakelola pengurusan kewangan berkaitan kutipan hasil perniagaan MSSB bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan, ketirisan serta menutup ruang dan peluang berlakunya jenayah rasuah.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Melaka, Ps Muhammad Aiman Lingen Abdullah, Ketua Unit Penyiasatan Tatakelola SPRM Melaka, Ps Ng Peik Lee dan Pegawai Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, PsK Mahmud Ahmad. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Dua lelaki ditahan polis depan Kedutaan Amerika Syarikat
Next: MCW ikrar terus gempur rasuah melalui pendidikan dan kesedaran

Related Stories

azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0
Nor Saiful Zaini Nasirrudin
  • PELBAGAI

YOUNG TIGERS KE FINAL, NOR SAIFUL ANGGAP AKSI PENUH DRAMA

Panya Isamael 22/10/2026 0
hijab azerbaijan
  • PELBAGAI

Mapim urges Azerbaijan to lift hijab restrictions in schools

Arisna Wiguna 18/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by