Skip to content
02/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Dua lelaki ditahan polis depan Kedutaan Amerika Syarikat

Panya Isamael 02/10/2025 (Last updated: 02/10/2025) 0 comments
InCollage_20251002_181814803

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki selepas tular sebuah video berdurasi 54 saat memaparkan kejadian menghalang anggota polis menjalankan tugas ketika perhimpunan aman pro-Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di Jalan Tun Razak hari ini.

Video berkenaan dimuat naik pemilik akaun Facebook, @hamdin66, yang menunjukkan kekecohan berlaku ketika pihak polis cuba mengawal keadaan sekitar jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, perhimpunan yang disertai kira-kira 50 orang itu pada mulanya berjalan lancar sebelum peserta bertindak menutup aliran trafik berhampiran kedutaan.

“Keadaan menjadi tegang apabila seorang anggota polis cedera di bahagian mulut selepas disiku oleh seorang peserta semasa kawalan keselamatan dilakukan.

“Susulan itu, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 23 dan 32 tahun kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Fadil berkata, polis menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun mengingatkan peserta supaya mematuhi undang-undang.

“PDRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang. Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Tenpin boling sandaran emas Sarawak di SOPMA XXII
Next: SPRM Melaka syor perkukuh tata kelolaan MSSB

Related Stories

utusan kosmo
  • NASIONAL

Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar

Panya Isamael 02/11/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman

Solomon 02/11/2026 0
Koperasi Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan

Panya Isamael 02/11/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by