Skip to content
02/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

MCW rai 108 ahli seumur hidup

Panya Isamael 25/09/2025 (Last updated: 25/09/2025) 0 comments
a4b4608e-92c2-4d41-9d48-106c7e2ef13a

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menzahirkan penghargaan khas kepada 108 ahli seumur hidup yang hadir dengan penuh disiplin dan komitmen pada program bersama mahasiswa di Universiti Multimedia (MMU), semalam.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang menyampaikan ucapan menghargai sumbangan MCW sebagai Rakan Strategik SPRM.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, ucapan itu merupakan suntikan semangat paling bermakna bersempena sambutan ulang tahun ke-8 penubuhan MCW.

“Beliau turut menggalakkan mahasiswa serta pengurusan MMU untuk menyertai MCW dalam usaha memperkasa perjuangan memartabatkan integriti dan menolak rasuah,” katanya.

Tambahnya, disiplin ahli yang tekun mendengar ucapan serta kesempatan bergambar bersama Azam jelas membuktikan sokongan jitu kepada SPRM, selain semangat tinggi ahli dalam memperkukuh perjuangan.

Dalam sesi dialog bersama Presiden MCW, ahli turut mengemukakan pelbagai idea dan teguran membina kepada barisan kepimpinan sedia ada yang akan berakhir sebelum Mei 2026.

Menurut Jais, beliau dapat melihat potensi ramai ahli berkaliber untuk diserapkan ke dalam kepimpinan masa hadapan sekali gus menjamin kelangsungan perjuangan MCW dalam membina negara bebas rasuah. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MCW sanjung kehadiran Azam Baki suntik semangat perangi rasuah
Next: FAM junjung kasih sokongan Sultan Abdullah

Related Stories

utusan kosmo
  • NASIONAL

Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar

Panya Isamael 02/11/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman

Solomon 02/11/2026 0
Koperasi Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan

Panya Isamael 02/11/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by