Skip to content
14/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

FAM junjung kasih sokongan Sultan Abdullah

Panya Isamael 25/09/2025 (Last updated: 25/09/2025) 0 comments
FB_IMG_1758784494960



KUANTAN – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menzahirkan penghargaan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat menyaksikan aksi Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Tertutup SUKPA, di sini pada 20 September lalu.

Keberangkatan baginda nyata membakar semangat skuad futsal Harimau Malaya kendalian Rakphol Sainetngam yang berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0, sekali gus memastikan tiket ke Pusingan Akhir Piala Asia 2026 di Jakarta, Indonesia.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya amat menghargai sokongan padu yang dizahirkan baginda terhadap perjuangan pasukan kebangsaan itu.

“Bagi pihak FAM, patik ingin menjunjung kasih dan merafak setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuanku Al-Sultan Abdullah yang berkenan berangkat menyaksikan perlawanan kelayakan penting ini.

“Keberangkatan Tuanku adalah satu penghormatan besar kepada seluruh warga futsal tanah air, khususnya pasukan kebangsaan yang berjuang mengharumkan nama negara,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Malaysia menamatkan kempen kelayakan di tangga kedua kumpulan sekali gus berada dalam senarai tujuh pasukan naib juara terbaik yang mara bersama lapan juara kumpulan serta tuan rumah, Indonesia. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FAM


About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MCW rai 108 ahli seumur hidup
Next: Agong diberi taklimat BUDI95, sidang Kemuncak ASEAN

Related Stories

JOHOR RACING
  • SUKAN

JMR raih podium kedua di Suzuka

Panya Isamael 13/09/2026 0
faisal halim
  • SUKAN

Selangor benam KL City 3-0

Solomon 13/09/2026 0
Hakim Danish
  • SUKAN

Hakim Danish bangkit dari petak ke-25, raih empat mata

Solomon 13/09/2026 0

TERKINI

  • JMR raih podium kedua di Suzuka
  • Selangor benam KL City 3-0
  • Hakim Danish bangkit dari petak ke-25, raih empat mata
  • FIFA sahkan Bergson, Brad Tapp layak wakili Malaysia
  • Anak tukang rumah perlukan RM2,143 untuk ke universiti
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by