KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda, Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu semasa.
Antara perkara yang dipersembahkan termasuk pelaksanaan Inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara bulan depan. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Agong diberi taklimat BUDI95, sidang Kemuncak ASEAN
