TEXAS – Pemain tengah Mikel Merino muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan untuk membawa Sepanyol mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Portugal 1-0 awal pagi tadi.
Pada aksi pusingan 16 terbaik yang berlangsung sengit itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun kebuntuan hanya berjaya dipecahkan pada penghujung babak kedua.
Merino muncul penyelamat La Furia Roja apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit-minit terakhir sekali gus memadamkan harapan Portugal untuk mengheret aksi ke masa tambahan.
Kemenangan itu memastikan Sepanyol meneruskan kemaraan ke suku akhir, manakala Portugal terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan edisi kali ini.
Di peringkat suku akhir nanti, Sepanyol bakal menanti pemenang satu lagi aksi pusingan 16 terbaik membabitkan Amerika Syarikat dan Belgium. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – AP Photo
