Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Ombudsman bukan ganggu kerja SPRM – MCW

Panya Isamael 09/12/2025 (Last updated: 09/12/2025) 0 comments
185922399_10224695105835888_2141045918590887495_n

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai reformasi pentadbiran yang signifikan, sekali gus menolak tanggapan bahawa ia akan bertindih dengan agensi penguatkuasaan sedia ada seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, Ombudsman bakal menjadi saluran pusat yang menyiasat kegagalan pentadbiran, kelewatan perkhidmatan awam, kecuaian serta penyalahgunaan budi bicara isu yang sering diadu rakyat namun tidak dikategorikan sebagai jenayah.

“Ombudsman bukan pesaing SPRM, tetapi pelengkap dalam menutup jurang integriti yang selama ini tidak dipantau secara khusus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jais berkata, selama ini rakyat terpaksa bergantung kepada sistem aduan dalaman jabatan apabila menghadapi masalah kelewatan projek, sikap tidak profesional pegawai, kes rumit birokrasi atau kegagalan pemantauan kontraktor.

Katanya, penubuhan Ombudsman memberi ruang kepada rakyat membawa isu pentadbiran ke saluran bebas dan berautoriti selain meningkatkan akauntabiliti kerajaan terhadap kualiti perkhidmatan.

Menurutnya, langkah itu dilihat sebagai indikator kesungguhan kerajaan memperkukuh ketelusan pentadbiran, sekali gus berpotensi meningkatkan keyakinan pelabur serta memperbaiki prestasi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara.

MCW percaya institusi tersebut mampu berperanan sebagai 'penyemak kuasa pentadbiran' yang bertindak bebas dan menjadi jambatan antara suara rakyat dan integriti kerajaan.

“Dengan kuasa mandatori, ketelusan dan perlindungan yang jelas, Ombudsman akan menjadi simbol kesediaan negara menegakkan tadbir urus bersih dan berakauntabiliti,” katamya.

Ujar MCW, penubuhan Ombudsman bukan sekadar pembentukan agensi baharu, tetapi suatu reformasi kawal selia pentadbiran yang mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap kecekapan kerajaan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Trump ‘silap buat langkah’, Mapim tuntut henti hina Somalia
Next: ‘Ini kejayaan keluarga ASEAN’ – Abdul Halim Kader

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by