Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Ong Kim Swee tinggalkan Persik Kediri

Panya Isamael 28/11/2025 (Last updated: 28/11/2025) 0 comments
587230014_18412099753143500_3142796088218713975_n

KUALA LUMPUR – Datuk Ong Kim Swee mengesahkan meninggalkan kelab Indonesia, Persik Kediri, sekali gus menamatkan tempoh setahun beliau bersama pasukan yang digelar Macan Putih itu dalam saingan Liga Super Indonesia.

Perkara tersebut diumumkan menerusi platform rasmi Persik Kediri yang memaklumkan bahawa perlawanan menentang Semen Padang hari ini merupakan aksi terakhir Kim Swee selaku ketua jurulatih.

“Persik Kediri secara rasmi berpisah dengan ketua jurulatih Ong Kim Swee. Perlawanan petang ini adalah aksi terakhir beliau memimpin Macan Putih musim ini. Terima kasih dan semoga berjaya dalam perjalanan seterusnya, Coach,” kata kenyataan kelab itu.

Sebelum pengumuman rasmi dibuat, Kim Swee sudah memberi bayangan mengenai pemergiannya menerusi Instagram Story dengan luahan penuh emosi selepas genap setahun beraksi dalam kancah bola sepak Indonesia.

“Esok satu lagi perlawanan di Kediri. Setahun dalam bola sepak Indonesia banyak pengajaran. Ada yang kuat, ada yang halus. Kepada yang percaya, terima kasih. Kepada yang tidak, anda menjadikan saya lebih kuat,” tulisnya.

Luahan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa keputusan mengenai masa depannya sudah dibuat lebih awal sebelum perlawanan terakhir tersebut.

Dengan pengesahan pemergian itu, tumpuan kini terarah kepada destinasi seterusnya bagi bekas pengendali Harimau Malaya dan Sabah FC berkenaan, yang memiliki reputasi kukuh di rantau ini.

Baru-baru ini, Kim Swee menafikan menerima tawaran daripada pasukan Pantai Timur, Terengganu FC, sekali gus menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kelab mana yang bakal mendapatkan khidmatnya selepas ini.

Foto kredit - Persik Kediri

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Banjir 0.2 meter landa Kg Salak, Sepang
Next: Mapim kecam pelanggaran gencatan senjata di Gaza

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by