Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Mapim kecam pelanggaran gencatan senjata di Gaza

Panya Isamael 28/11/2025 (Last updated: 28/11/2025) 0 comments
6a9c0379-39a9-472a-b568-febe4f7b3153

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang terus melanggar gencatan senjata yang didakwa dipersetujui di Gaza apabila data terbaharu menunjukkan rejim itu tidak menghormati langsung perjanjian berkenaan.

Menurut statistik dikeluarkan Government Media Office Gaza pada 22 November 2025, keadaan di lapangan digambarkan sebagai menggerunkan, sekali gus membuktikan bahawa gencatan senjata berkenaan hanya sekadar wujud di atas kertas tanpa pelaksanaan sebenar.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun terdapat pengumuman perjanjian damai sementara, rejim Israel tetap melakukan 497 pelanggaran, termasuk 27 pelanggaran pada hari Sabtu sahaja, yang mengakibatkan 24 lagi penduduk Palestin syahid dan 87 cedera.

"Keangkuhan Israel itu membuktikan rejim tersebut langsung tidak memiliki komitmen untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa mahupun kewajipan asas melindungi orang awam.

“Sejak gencatan senjata bermula, 342 orang awam terbunuh, majoritinya kanak-kanak, wanita dan warga tua. Seramai 875 lagi cedera, manakala 35 orang awam ditahan secara sewenang-wenangnya, sekali gus membuktikan Israel berniat merosakkan perjanjian dan terus mencipta suasana ganas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azmi berkata, tindakan itu bukan insiden terpencil, sebaliknya satu kempen hukuman kolektif sengaja dan sistematik, yang secara terang-terangan melanggar Konvensyen Geneva dan norma undang-undang antarabangsa yang melindungi orang awam.

Sehubungan itu, Mapim berdiri teguh bersama rakyat Gaza dan menggesa masyarakat sivil global, institusi kemanusiaan serta kerajaan dunia meningkatkan tekanan diplomatik, undang-undang dan advokasi bagi melindungi orang awam serta menghentikan agresi Israel yang masih berselindung di sebalik istilah ‘gencatan senjata’.

Katanya, Mapim akan terus bersuara dan menuntut tindakan tegas diambil pihak antarabangsa bagi memastikan rejim Israel dipertanggungjawabkan atas setiap pelanggaran yang dilakukan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Ong Kim Swee tinggalkan Persik Kediri
Next: 57 ditahan, 8 pusat panggilan penipuan tumpas

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by