Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

57 ditahan, 8 pusat panggilan penipuan tumpas

Panya Isamael 28/11/2025 (Last updated: 28/11/2025) 0 comments
1863650

KUALA LUMPUR – Kegiatan sindiket pusat panggilan (call centre) penipuan dalam talian yang mensasarkan mangsa di dalam dan luar negara berjaya ditumpaskan dalam beberapa operasi berasingan sekitar ibu negara antara 10 hingga 14 November lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadrul Marsus berkata, operasi hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur bersama peringkat daerah dan kontinjen itu menumpaskan lapan pusat panggilan penipuan yang beroperasi secara haram di beberapa kediaman sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata, seramai 57 individu terdiri daripada lima warga tempatan dan 52 warga asing ditahan dalam serbuan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek merupakan pekerja sindiket yang menjalankan penipuan tawaran kerja tidak wujud serta pelaburan mata wang kripto palsu yang menyasarkan warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua suspek telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan kerana bersubahat dalam aktiviti penipuan dalam talian.

Katanya, warga asing terbabit turut didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 berhubung kesalahan dokumen perjalanan.

Sebarang aduan boleh disalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim kecam pelanggaran gencatan senjata di Gaza
Next: 24 mangsa rugi lebih RM23 juta akibat skim GRR tidak berlesen

Related Stories

khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0
bc4954f7-8b2c-4839-844a-840a5bb1d8d5
  • NASIONAL

Southeast Asia Olympiad Championship & Cultural Heritage meriah di UniSZA

Arisna Wiguna 22/08/2026 0

TERKINI

  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
  • UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026
  • Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas
  • NSFC tuntut kemenangan walkover
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by