Skip to content
18/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Pelajar cemerlang berhenti belajar akibat kemiskinan, Mara tawar bantuan

Panya Isamael 29/09/2025 (Last updated: 29/09/2025) 0 comments
Screenshot_20250929_090717

KUALA LUMPUR – Kisah seorang pelajar cemerlang yang memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keputusan Asasi 3.87, tetapi terpaksa berhenti belajar untuk bekerja di kilang kerana faktor kemiskinan, mengundang perhatian Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Lebih menyedihkan, pelajar berkenaan merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Difahamkan, bapanya sedang sakit manakala ibunya hanya bekerja membantu membungkus nasi lemak untuk menyara keluarga.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelajar itu mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pengajian ke kampus induk selepas menamatkan Asasi dengan cemerlang, berikutan menerima emel bahawa pihak universiti tidak dapat menawarkan bantuan kewangan.

“Pelajar ini membuat keputusan sendiri untuk tidak menyambung pengajian dan memilih bekerja kilang bagi menampung keluarga. Saya amat tersentuh dengan kisah ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Asyraf berkata, beliau telah meminta UMNO Bahagian membantu keluarga tersebut selain berhasrat bertemu sendiri dengan pelajar berkenaan bagi memujuknya kembali menyambung pengajian.

Katanya, hasil perbincangan dengan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara pagi tadi, pihaknya bersetuju menawarkan laluan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di British Malaysian Institute (BMI), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang seiring dengan pencapaian akademiknya.

“Sesungguhnya hanya dengan ilmu sahaja boleh merubah kehidupan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Evan Dimas pesan pemain muda jangan abaikan pendidikan
Next: TKKR Racing Team dibubarkan

Related Stories

ahmad tea
  • NASIONAL

Ahmad Tea sambut 40 tahun, kekal milik keluarga

Solomon 17/09/2026 0
fattah angkasa
  • NASIONAL

Abdul Fattah dipilih Ahli Lembaga ICA penggal 2026-2030

Panya Isamael 17/09/2026 0
WhatsApp Image 2026-09-16 at 15.18.18 (1)
  • NASIONAL

Kargo petroleum RM220 juta: Pakar gesa pihak berkuasa beri penjelasan bertulis

Panya Isamael 16/09/2026 0

TERKINI

  • Ahmad Tea sambut 40 tahun, kekal milik keluarga
  • MAPIM condemns US visa denial against Mahmoud Abbas
  • Kenapa negara bukan Islam lebih berintegriti daripada negara Islam?
  • Rasuah sistemik perlu dilawan bersama
  • Aidil Sharin beri amaran ancaman bola mati Phnom Penh Crown
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by