Skip to content
03/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Evan Dimas pesan pemain muda jangan abaikan pendidikan

Panya Isamael 29/09/2025 (Last updated: 29/09/2025) 0 comments
InCollage_20250929_071537022

JAKARTA – Bekas kapten skuad kebangsaan Indonesia, Evan Dimas, berkongsi pengalaman hidupnya ketika hadir pada sesi coaching clinic dan talkshow bersama kelab Jepun, Nagoya Grampus, di Garuda Store Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta Pusat, Jumaat lalu.

Pemain yang kini berehat daripada bola sepak profesional itu menasihatkan generasi muda agar tidak mengabaikan pendidikan walaupun sedang mengejar cita-cita sebagai pemain bola sepak.

“Pesan saya buat adik-adik, walaupun ikut SSB (Sekolah Sepak Bola) atau akademi, jangan tinggalkan pendidikan. Bola sepak dan pendidikan harus berjalan seiring,” katanya dipetik dari sumber Bola.com.

Evan mengakui pernah berdepan dilema pada awal kariernya sekitar tahun 2011 ketika dipilih mewakili Indonesia ke Barcelona.

“Ketika itu saya disuruh memilih antara bola sepak atau pendidikan. Saya pilih bola sepak dan sering ponteng sekolah, akhirnya banyak ketinggalan. Sekarang saya rasa lebih baik kedua-duanya berjalan sama-sama sejak usia muda,” jelasnya.

Evan menegaskan pengalaman itu menjadi pengajaran berharga, sekali gus mengingatkan pemain muda supaya menyeimbangkan antara akademik dan kerjaya sukan demi masa depan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - IG Evan Dimas

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Aduan palsu banjir kilat depan UM disangkal DBKL
Next: Pelajar cemerlang berhenti belajar akibat kemiskinan, Mara tawar bantuan

Related Stories

piala afc
  • SUKAN

Piala Asia 2027 ditunda, bermula 23 Disember

Panya Isamael 03/11/2026 0
Marc Marquez
  • SUKAN

Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua

Solomon 01/11/2026 0
Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0

TERKINI

  • PBT perlu diperkasa pantau integriti pasaran halal
  • Koperasi HTK rancang lima program Edu-Tourism 2027
  • Piala Asia 2027 ditunda, bermula 23 Disember
  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by