Skip to content
27/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Persiapan venue sepaktakraw dianggap terbaik sepanjang lebih 20 edisi Sukan SEA

Panya Isamael 08/12/2025 (Last updated: 08/12/2025) 0 comments
IMG-20251208-WA0028

NAKHON PATHOM, Thailand – Persiapan venue dan aspek teknikal sukan sepaktakraw pada Sukan SEA ke-33 di Thailand disifatkan sebagai antara yang terbaik dalam sejarah penganjurannya apabila dibandingkan dengan lebih 20 edisi terdahulu.

Pengiktirafan itu dinyatakan Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader dalam sidang media rasmi hari ini yang turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi badan serantau tersebut.

Menurut beliau, tahap fasiliti, kelengkapan teknikal serta persiapan menyeluruh di venue pertandingan dipuji dari segi mutu serta penyelarasan yang dianggap paling sempurna pernah dilaksanakan oleh tuan rumah.

“Venue dan teknikal telah dipersiapkan dengan sempurna. Berdasarkan pengalaman, ini antara persiapan terbaik dalam sejarah Sukan SEA,” katanya.

Abdul Halim turut menegaskan bahawa pasukan teknikal, pegawai pertandingan antarabangsa (ITO) dan seluruh barisan kehakiman perlu menegakkan undang-undang teknikal tanpa sebarang kompromi, selain memberikan sokongan penuh kepada Thailand sebagai tuan rumah.

Sidang media turut dihadiri Presiden ISTAF, Boonchai Lorphipat; Timbalan Setiausaha Agung ASTAF, Muhammad Fariq Abdul Halim serta Pengurus Venue Sepaktakraw, Veradith.

Thailand tampil berkeyakinan apabila menawarkan fasiliti berkualiti termasuk kedudukan venue yang strategik, penginapan atlet bertaraf lima bintang serta kawalan keselamatan dipertingkat dengan pemantauan CCTV dan sistem akreditasi setaraf Asia serta Olimpik.

Sepaktakraw akan menjadi acara pembuka temasya dan menutup tirai pada hari terakhir kejohanan, sekali gus mengangkat martabat sukan tradisi Asia Tenggara itu sebagai acara tumpuan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ASTAF martabatkan chinlone sebagai disiplin bertaraf dunia
Next: Media nadi penting sokong agenda kebajikan MAIWP

Related Stories

KL city
  • SUKAN

KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
jihin hirata
  • SUKAN

Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata

Solomon 26/08/2026 0
MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0

TERKINI

  • KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City
  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by